CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7674|Reply: 0

[Pahang] Warga emas ditahan bersama heroin 2.265kg

[Copy link]
Post time 10-1-2024 11:55 AM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman (tiga dari kiri) menunjukkan heroin yang dirampas. - Foto NSTP/Asrol Awang

KUANTAN: Seorang lelaki warga emas ditahan bersama dadah jenis heroin seberat 2.265 kilogram yang dianggarkan bernilai RM25,000 di tepi jalan Anggerik Utama, Taman Anggerik Height, Bentong, Jumaat lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata lelaki berusia 63 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang pada jam 5 pagi.

Katanya, ketika ditahan, suspek membawa satu beg plastik dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan di dalam beg plastik itu menemukan lima bungkusan plastik lutsinar setiap satunya berisi ketulan dan serbuk dadah jenis heroin yang keseluruhannya seberat 2.265 kilogram.



"Hasil ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan kini ditahan reman tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah mulai 6 hingga 12 Januari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan jika disabitkan kesalahan.

"Siasatan awal mendapati bekalan dadah jenis heroin ini diperoleh dari Selangor untuk diedarkan di kawasan FELDA dan sekitar Bentong.

"Dengan penahanan suspek, polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di kawasan FELDA dan sekitar Bentong yang didalangi warga tempatan," katanya.

Yahaya berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK) Pahang, di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan analisa kadar penggunaan dadah jenis heroin seberat 2.265 kilogram boleh dibekalkan kepada 22,650 penagih dalam masa sehari dengan mengambil kira penggunaan sebanyak 0.5 gram.

Justeru, katanya, usaha berterusan akan dilaksanakan untuk membasmi masalah penyalahgunaan dadah di Pahang dan sebarang maklumat boleh disalurkan ke Pusat Kawalan Kontinjen Pahang (CCC) di talian 09-5051999," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... rsama-heroin-2265kg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.070960 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list