View: 3615|Reply: 0
|
[Selangor]
Warga Columbia pecah rumah mewah
[Copy link]
|
|
Mohd Shuhaily (dua dari kanan) bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (tiga dari kanan) menunjukkan barangan jenama mewah yang dirampas daripada sindiket pecah rumah dalam sidang akhbar di Shah Alam, hari ini. - Foto NSTP/FAIZ ANUAR
SHAH ALAM: Polis menahan seorang wanita warga tempatan berusia 55 tahun dipercayai menjadi dalang sindiket pecah rumah mewah di Selangor dan Johor.
Turut ditahan lima individu lain iaitu dua lelaki warga Colombia dan tiga warga tempatan termasuk seorang wanita.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata semua suspek berusia antara 45 hingga 62 tahun itu ditangkap hasil pemeriksaan di lima tempat berbeza di negeri ini dan Kuala Lumpur pada 3 Januari lalu.
"Modus operandi sindiket ini bermula dengan seorang wanita berusia 55 tahun yang mengenali dua lelaki warga Colombia yang memasuki negara ini menggunakan visa pelawat dan seterusnya merekrut mereka.
"Sindiket ini menyasarkan rumah mewah dengan menyamar sebagai penghantar barang dan sekiranya mereka mendapati rumah berkenaan tiada penghuni, dua lelaki Colombia berkenaan akan memecah masuk.
Barangan jenama mewah yang dirampas daripada sindiket pecah rumah dalam sidang akhbar di Shah Alam, hari ini. - Video NSTP/FAIZ ANUAR pic.twitter.com/KqbHoizrHw
— Berita Harian (@bharianmy) January 10, 2024
"Tangkapan ini berjaya menyelesaikan 19 kes iaitu masing 10 di Selangor dan sembilan di Johor dengan jumlah kerugian yang dianggarkan bernilai RM1.9 juta," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis juga antara lain merampas jam tangan berjenama, barang kemas, beg pakaian berjenama, mata wang asing dan tempatan serta tiga buah kereta.
Mohd Shuhaily berkata, barang curi berkenaan akan diserahkan kepada pembeli yang diaturkan oleh dalang sindiket di Lembah Klang.
"Hasil semakan, hanya seorang yang memiliki rekod lampau di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959, iaitu lelaki warga Colombia.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh boleh sampai lima tahun dan hendaklah juga dikenakan denda," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... a-pecah-rumah-mewah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|