View: 10505|Reply: 4
|
[Tempatan]
Siasatan SPRM: Isteri dakwa Tun Daim dianiaya
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mendakwa suaminya dianiayai disebabkan kejayaan beliau sebagai ahli perniagaan yang sangat berjaya sebelum menyertai kerajaan.
Toh Puan Naimah Khalid mendakwa, kejayaan Daim kini dijadikan alasan untuk memfitnah nama baiknya dan menggambarkannya sebagai seorang perasuah.
"Suami saya dianiayai disebabkan kejayaan itu.
"Sebagai sebuah negara yang bebas dan mengamalkan demokrasi, tidak menjadi kesalahan untuk berjaya dalam bidang perniagaan dan industri sehingga mengecap kekayaan," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Rabu.
Beliau hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama dua anaknya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu rasuah membabitkan suaminya.
Tambah Naimah, kini sebuah kempen memutar belit maklumat dan persepsi dijalankan bagi memberi gambaran bahawa Daim seorang yang korup semata-mata kerana sangat kaya.
"la sesuatu yang tidak munasabah dan tidak masuk akal, malah tiada ahli perniagaan yang berjaya di negara ini akan telepas daripada tuduhan sedemikian.
"Hari ini keluarga saya, esok lusa siapakah lagi akan menjadi mangsa? soalnya.
Bagaimanapun beliau turut menjelaskan pihaknya akan memberikan kerjasama kepada SPRM seperti yang dikehendaki undang-undang.
"Walaupun begitu, kami tetap mempersoalkan motif siasatan. Kami tahu kami akhirnya akan dibuktikan tidak bersalah," jelasnya. - Sinar Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah. Dah meninggal. |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat jelata kena naya. Hasil khazanah negara dipulun dirompak puak kroni atok saka. Itu boleh terima plk ? Rakyat dapat apa?? |
|
|
|
|
|
|
|
betapa bijaknya dia nih...tp dh aruah..innalillah |
|
|
|
|
|
|
|
so lepas ni bini sama anak2 arwah la kena take over kan? takkan berenti kat arwah je? |
|
|
|
|
|
|
| |
|