CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5043|Reply: 0

[Kelantan] Tiga beradik bebas tuduhan bunuh lelaki di Machang

[Copy link]
Post time 11-1-2024 03:47 PM | Show all posts |Read mode

Anggota polis mengiringi Mohd. Azam (dua dari kanan) bersama Mohd. Rizal (tiga dari kanan) dan Muhamad Zarudin (dua dari kiri) untuk mendengar keputusan pertuduhan terhadap mereka di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Tiga beradik dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu pergaduhan di sebuah stesen minyak di Machang dekat sini, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd. Abbas membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh iaitu Mohd. Rizal Seman, 40, bersama dua adiknya, Muhamad Zarudin, 30, dan Mohd. Azam, 26.

Mohamad Abazafree dalam penghakimannya berkata, pihaknya mengambil kira beberapa faktor sebelum membuat keputusan.

Menurutnya, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan elemen penting iaitu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) untuk mengetahui perjalanan cerita kes berkenaan.

“Selain itu, tiada saksi yang dapat membuktikan ketiga-tiga tertuduh menyertai perhimpunan haram seperti yang dinyatakan pihak pendakwaan.

“Saksi utama yang juga adik ipar kepada mangsa juga membuat kenyataan bercanggah ketika pemeriksaan balas dijalankan,” ujarnya.

Mohamad Abazafree berkata, sehubungan itu, mahkamah memutuskan ketiga-tiga tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri.

Media sebelum ini melaporkan, dua lelaki meninggal dunia selepas pergaduhan membabitkan dua kumpulan di hadapan sebuah stesen minyak dekat Machang pada 27 Januari 2020.

Dalam kejadian itu, kedua-dua lelaki berusia 39 dan 40 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Machang dekat sini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -lelaki-di-machang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.147008 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list