CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6544|Reply: 0

[Kelantan] Suami isteri ditahan, simpan pistol jenis Glock

[Copy link]
Post time 11-1-2024 04:02 PM | Show all posts |Read mode

ZAKI pada sidang media rampasan pistol jenis Kuzey GN19 bersama kelopak dan peluru hidup serta sejumlah pil yaba dalam serbuan di sebuah rumah. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Polis menemui sepucuk pistol jenis Glock berserta kelopak dan 31 butir peluru susulan penahanan sepasang suami isteri di sebuah rumah di Kampung Geting Tengah, Tumpat, dekat sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, serbuan jam 12 tengah hari semalam dibuat anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan menahan suami isteri berusia 31 dan 26 tahun itu.

"Pemeriksaan menemui pistol jenis Glock, kelopak dan 31 peluru yang dianggarkan bernilai RM6,200.

"Hasil semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 28 rekod lampau bersabit dadah serta jenayah manakala isterinya pula tiga rekod.



"Ujian saringan mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methampethamine manakala isterinya pula negatif dadah," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, lelaki itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini sehingga 17 Januari manakala isterinya pula dua hari.

Menurutnya, fokus siasatan juga akan dibuat terhadap suspek wanita kerana dipercayai mampu memberikan maklumat yang diperlukan.

"Kita akan fokus pada isterinya dan kalau memerlukan sambung reman, kita akan sambung kerana dengan adanya pistol dalam milikan mereka, kita percaya suspek adalah orang penting dalam sindiket pengedaran dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pistol-jenis-glock

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.055453 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list