CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11341|Reply: 0

[Pahang] Dua petugas MUIP nyaris maut, pikap dihanyut arus banjir

[Copy link]
Post time 12-1-2024 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Dua petugas MUIP nyaris maut, pikap dihanyut arus banjir


Oleh Mohd Rafi Mamat - Januari 12, 2024 @ 10:46am bhnews@bh.com.my




Keadaan pikap dinaiki dua petugas MUIP Bera yang dihanyutkan arus banjir ketika mengharungi jalan ditenggelami air sedalam satu meter dekat Kampung Sija, semalam.




PEKAN: Dua petugas Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) cawangan Bera, nyaris maut apabila pikap dinaiki mereka tenggelam dibawa arus deras banjir yang menenggelamkan Jalan Kampung Pelak-Kampung Belimbing dekat Kampung Sija, dekat sini semalam

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud, berkata pihaknya menerima aduan yang menyatakan kenderaan pacuan empat roda terperangkap dalam banjir sebelum dihanyutkan arus deras.

Katanya, ketika kejadian dua mangsa telah keluar dari kenderaan yang dinaiki selepas mendapati kenderaan mula bergerak dibawa arus deras banjir sebelum jatuh ke dalam parit besar.

"Difahamkan mangsa dalam perjalanan dari Bera untuk ke Pekan, mereka bertindak meredah air sedalam kira-kira satu meter di atas Jalan Kampung Pelak-Kampung Belimbing sebelum terperangkap dalam banjir.

"Ekoran arus yang deras menyebabkan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mangsa bergerak dan terjatuh ke dalam parit besar di tepi jalan terbabit," katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Peramu segera ke lokasi kejadian selepas menerima aduan, operasi menyelamat menggunakan bot aluminium dibantu orang awam bagi membawa mangsa keluar dari kawasan kejadian.

Wan Samsul Effendi menambah, Jalan Kampung Pelak-Kampung Belimbing dekat Kampung Sija ditenggelami air sepanjang 100 meter dengan kedalaman satu meter.

Katanya, mangsa dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan bagi laporan kejadian kemalangan yang telah berlaku.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.055117 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list