CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2621|Reply: 0

Taktik badminton boleh menang Olimpik 2024

[Copy link]
Post time 13-1-2024 11:21 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

HANYA berbaki lebih kurang enam bulan lagi sebelum temasya terbesar dunia, Sukan Olimpik 2024 yang berlangsung di Paris, Perancis akan membuka tirainya bermula 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Seperti edisi-edisi terdahulu, kontinjen Malaysia terus menggalas misi keramat, iaitu bagi memastikan atlet-atlet negara dapat membawa pulang pingat emas pertama Sukan Olimpik ke tanah air.

Selepas beberapa percubaan, pencapaian terbaik Malaysia pada temasya sukan empat tahun sekali itu adalah pada edisi 2016 di Rio, Brazil apabila meraih 5 pingat keseluruhan termasuk empat perak dan satu gangsa.

Menjelang Olimpik Paris, sandaran sekali lagi diletakkan di bahu sukan badminton dan berbasikal trek bagi menamatkan kemarau pingat emas sejak Malaysia menyertai Sukan Olimpik buat julung kalinya pada 1956 di Melbourne, Australia.

Penulis menganggap badminton sebagai pertaruhan terbaik Malaysia untuk merealisasikan hasrat itu, terutamanya menerusi prestasi semasa yang ditampilkan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Bagaimanapun, bagi mengurangkan tekanan dipikul bekas juara dunia itu, Malaysia perlu memiliki dua wakil dalam setiap acara yang turut dilihat mampu meningkatkan peluang kemenangan kita.

Bekas pemain beregu emas negara, Tan Boon Heong menganggap sangat penting untuk memiliki dua wakil setiap acara di Sukan Olimpik kerana ia mampu memberi kelebihan kepada pasukan negara berdepan cabaran negara-negara lain.

“Memang bagus untuk ada dua wakil dalam setiap acara (di Olimpik) kerana kita selalu pergi kejohanan-kejohanan besar dengan satu wakil sahaja, jadi ia menyebabkan kita tidak ada apa-apa kelebihan.

“Ada lebih daripada satu wakil memang berbeza kerana memberikan kita lebih banyak peluang dan kelebihan. Seperti sekarang, kita tengok Indonesia dan China sentiasa ada dua wakil dalam setiap acara,” katanya.

Berdasarkan peraturan ditetapkan Persekutuan Badminton Dunia, negara-negara bertanding boleh menghantar dua wakil dalam setiap acara beregu lelaki, wanita dan campuran sekiranya kedua-dua beregu itu menghuni kelompok lapan teratas ranking kelayakan Olimpik.

Bagi acara perseorangan lelaki dan wanita pula, pemain-pemain perlu berada dalam kelompok 16 terbaik ranking kelayakan Olimpik bagi membolehkan setiap negara menghantar dua wakil dalam acara tersebut.

Bagaimanapun, apa yang penting sekarang adalah peminat-peminat sukan tanah air, khususnya badminton perlu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemain-pemain negara yang sedang beraksi dalam saingan kelayakan Olimpik hingga penghujung April nanti.

Selain itu, penulis juga bersetuju dengan kenyataan Aaron untuk tidak meletakkan sasaran terlalu awal kerana dikhuatiri akan dilabelkan pandai cakap sahaja sekiranya gagal menepati sasaran.

“Saya tidak gemar bercakap mengenai sasaran kerana situasinya sama sahaja. Apabila letakkan sasaran sebagai juara, jika tidak dapat, (orang ramai) cakap tidak betul. Apabila sasar suku akhir, mereka cakap kita hanya sasar suku akhir sahaja,” ujarnya.

Berdasarkan statistik sebelum ini, Aaro-Wooi Yik boleh dianggap sebagai pakar dalam kejohanan-kejohanan besar apabila pernah menjadi juara dunia 2022 selain memenangi pingat gangsa semasa Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Justeru, ia boleh menjadi penanda aras bahawa Malaysia tetap memiliki peluang untuk menamatkan penantian pingat emas pada Sukan Olimpik Paris nanti.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... enang-olimpik-2024/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.781946 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list