CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5788|Reply: 0

[Selangor] Rugi RM619,419 terpedaya permaian Bitcoin

[Copy link]
Post time 13-1-2024 12:12 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Reuters

Rawang: Pengurus jualan kerugian RM619,419 selepas terpedaya dengan pakej permainan Bitcoin ketika berada di rumahnya di Rawang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pada 10 Oktober tahun lalu, lelaki berusia 51 tahun itu melayari laman Facebook dan kenal seorang wanita sebelum berkomunikasi melalui WhatsApp.

Menurutnya, pada 22 Oktober lalu, mangsa kemudian ditawarkan beberapa pakej permainan Bitcoin.

"Mangsa berasa berminat tetapi tidak mempunyai wang untuk memulakan permainan.



"Suspek kemudian menawarkan kepada mangsa untuk membuka akaun permainan dan mendapat AS$1,000 (RM4,646) secara percuma," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Ramli berkata, selepas itu, suspek mengajar pengadu cara bermain dan menang serta mendapat keuntungan yang berganda.

"Namun semua tindakan pelaburan dilakukan oleh suspek sahaja, pengadu hanya boleh nampak keuntungan melalui gambar yang dihantar oleh suspek tanpa ada akses kepada apa apa laman sesawang pelaburan Bitcoin tidak wujud itu.

"Mangsa juga membuat bayaran ke 15 akaun bank yang berbeza dengan 25 kali transaksi ke akaun sehingga mengalami kerugian sebanyak RM619,419," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang ditipu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Rawang pada 5 Januari lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ya-permaian-bitcoin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.070326 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list