CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18082|Reply: 0

[Kelantan] Sejak terlantar sakit, 'poket' semakin nipis

[Copy link]
Post time 13-1-2024 01:40 PM | Show all posts |Read mode

Omar kini terlantar akibat kecederaan patah tangan kiri serta kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan Disember lalu. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: "Hidup kami sekeluarga berubah sekelip mata dan mengharapkan belas ihsan orang selepas saya ditimpa kemalangan sehingga terlantar," kata Omar Mohamad Danyan, 37.

Menurut Omar, dia kini buntu memikirkan nasib untuk menyara isteri, Nur Aida Idayu Arif, 34, dan empat anak berusia empat bulan hingga 13 tahun kerana hilang punca pendapatan.

Menurutnya, sejak terbabit dalam kemalangan ketika mahu pulang ke rumah dari masjid selepas selesai menunaikan solat Maghrib pada 19 Disember lalu, dia tidak keupayaan untuk keluar mencari rezeki.

Katanya, dia mengalami patah tangan kiri serta kaki kanan dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).



"Doktor ada mencadangkan supaya memasang besi pada kaki yang patah, namun saya menolak kerana tidak mahu menanggung risiko dan pada masa sama turut menghidap penyakit kencing manis.

"Buat masa sekarang, saya cuba berikhtiar menggunakan rawatan tradisional untuk memulihkan kecederaan yang dialami," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Kuala Besar, di sini, hari ini.

Katanya, dia melakukan pelbagai kerja kampung untuk menyara keluarga selain perlu menampung perbelanjaan dua anaknya berusia lapan dan 13 tahun yang bersekolah, manakala anak ketiga akan mendaftar masuk ke tadika pada Mac ini.

"Pada masa sama, saya turut menjaga ibu mentua, Rohana Yacob, 57, yang menghidap penyakit kencing manis, gout serta darah tinggi dan baru-baru disahkan pula menghidap penyakit buah pimggang tahap tiga.

"Sejak terlantar, 'poket' semakin nipis menyebabkan kami sekeluarga terpaksa berjimat-cermat, namun ahli keluarga dan saudara mara ada membantu, tetapi sebolehnya tidak mahu terus menerus menyusahkan mereka," katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 103016162250 atas nama Omar Mohamad Danyan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... poket-semakin-nipis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.395684 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list