CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18134|Reply: 0

[Selangor] Berdosa puji pondan cantik, pengkid kacak

[Copy link]
Post time 13-1-2024 01:48 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hukum memuji mereka yang melakukan perkara mungkar seperti berpakaian berlawanan jantina adalah berdosa.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hal ini kerana seolah-olah kita berasa senang dengan kemungkaran yang dilakukan secara terang-terangan (mujaharah).

“Hukum asal memuji seseorang itu adalah harus selagi mana perkara yang dipuji itu adalah perkara yang baik dan bukannya maksiat.

“Justeru, sewajarnya kita mengelakkan daripada menyukai atau memuji mereka berpakaian sebegitu kerana ia akan menyebabkan mereka berasa lebih selesa dan berasa tidak bersalah,” katanya menerusi perkongsian pada aplikasi Alinarah.

Beliau berkata demikian menjawab persoalan daripada pengirim iaitu bolehkah muslim memuji-muji kecantikan seorang pondan seperti perempuan atau kekacakan seorang pengkid seperti lelaki.

Dalam pada itu, Zulkifli berkongsi hadis Nabi SAW yang bermaksud, selamat datang kepada saudara yang soleh dan juga nabi yang soleh (Riwayat al-Bukhari (3393)).

Katanya, daripada hadis ini, Imam al-Nawawi Rahimahullah menyatakan bahawa, dan pada hadis ini terdapatnya keharusan untuk memuji seseorang secara berhadapan, sekiranya dia berasa aman daripada perasaan ujub dan selamat bagi orang lain daripada sebab-sebab yang boleh mendatangkan fitnah (al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi, 2/357).

Sementara itu, beliau turut berdoa dan berharap semoga Allah SWT membuka pintu hati mereka yang terlibat untuk berubah, diberikan hidayah serta menjadi lebih baik. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ntik-pengkid-kacak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.114132 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list