CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7559|Reply: 0

‘Hidup mati’ Speedy Tigers ke Olimpik

[Copy link]
Post time 14-1-2024 09:54 AM | Show all posts |Read mode

BARISAN pemain negara akan turun memulakan aksi Kelayakan Olimpik menentang China malam esok.

PERTEMUAN getir menentang China dalam aksi Kelayakan Olimpik di Muscat, Oman malam esok menjadi detik penentu kepada peluang skuad hoki lelaki negara melayakkan diri ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai nanti.

Atas kertas, skuad bimbingan A. Arul Selvaraj itu dijangka tiada masalah kerana menang 12 daripada 15 perlawanan ke atas China, namun statistik tidak membawa apa-apa makna jika menilai kepada pertemuan terakhir yang berkesudahan seri 4-4.

Hanya kemenangan mampu menjadi tonik buat Speedy Tigers dalam misi melangkah ke separuh akhir daripada Kumpulan A yang turut dihuni dua lawan sukar, Great Britain dan Pakistan kerana tiga terbaik kejohanan sahaja ditawarkan tiket ke Paris.

Kelayakan Olimpik kali ini adalah peluang terbaik pernah dimiliki pasukan kebangsaan di ranking No.12 dunia, lebih-lebih lagi buat tujuh daripada 18 pemainnya yang kini sudahpun berusia 30 tahun ke atas.

Andai tewas kepada China, peluang tampak sukar untuk menamatkan kemarau 24 tahun Malaysia membuat penampilan di pentas Olimpik selepas kali terakhir pada edisi 2000 di Sydney, Australia.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -tigers-ke-olimpik/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.062812 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list