CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5455|Reply: 0

[Terengganu] Warga asing diserbu JIM ketika asyik bermain bola sepak

[Copy link]
Post time 14-1-2024 12:46 PM | Show all posts |Read mode

Anggota penguatkuasa JIM sedang memeriksa sebahagian 59 warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah padang bola di Tok Jembal, Kuala Nerus, kelmarin.

KUALA NERUS – Keriangan 59 warga asing termasuk lima kanak-kanak yang kebanyakan etnik Rohingya bermain bola sepak terencat apabila mereka diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Imigresen (JIM) di Padang Tok Jembal, di sini kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 5.30 petang itu, seramai 13 orang daripada mereka telah ditahan kerana disyaki menetap di negara ini secara haram.

Pengarah Imigresen Terengganu, Azhar Abd. Hamid berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya memperolehi maklumat sekumpulan warga asing menganjurkan perlawanan bola sepak di padang berkenaan.

“Sewaktu serbuan dilakukan sebahagian lelaki warga asing terbabit sedang bermain bola sepak, sementara bakinya menonton perlawanan itu di tepi padang.

“Sebahagian besar mereka yang terkejut dengan serbuan tersebut cuba melarikan diri, tetapi gagal kerana padang bola berkenaan sudah pun dikepung,” katanya pada sidang akhbar di pejabat JIM Terengganu, di sini hari ini.

Azhar berkata, pemeriksaan dokumentasi seterusnya dilakukan terhadap 49 lelaki dan kanak-kanak Myanmar (Rohingya), Bangladesh (tujuh), Pakisan (dua) dan Indonesia (seorang) berkenaan.

Beliau berkata, seramai 10 Myanmar dan tiga Bangladesh ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah.

“Mereka yang disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... bermain-bola-sepak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.054259 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list