CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5474|Reply: 0

[Kelantan] 235 peneroka kerugian RM500,000 angkara gajah liar

[Copy link]
Post time 14-1-2024 12:47 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk menunjukkan kesan kemusnahan gajah liar di RKT Kesedar Renok Baru, di sini. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Kira-kira 235 peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru di sini, kerugian hampir RM500,000 sejak tiga tahun lalu apabila tanaman mereka musnah angkara gajah liar.

Penduduk mendakwa, gajah liar terbabit turut berkeliaran di kawasan penempatan penduduk, sejak seminggu lalu.

Dalam kejadian terbaharu pada Rabu lalu, seorang penduduk berdepan detik cemas apabila melihat kemunculan tiga gajah berhampiran rumahnya.

Penduduk itu, Kartini Mohamed, 45, berkata, dalam kejadian itu, dia terkejut apabila melihat tiga gajah di tepi rumahnya.



"Saya melihat dengan jelas tiga gajah liar termasuk yang masih kecil berada di tepi rumah. Saya memaklumkan kepada suami dan kami hanya berdiam diri di dalam rumah.

"Sebelum ini, gangguan gajah liar kerap berlaku di kawasan kebun penduduk. Namun, sejak seminggu lalu, ia mula berkeliaran di kawasan kampung.

"Keadaan ini menimbulkan kebimbangan kepada kami yang boleh mengancam nyawa penduduk, tambahan pula gajah liar terbabit membawa anak bersama," katanya ketika di RKT Kesedar Renok Baru.

Bagi seorang lagi penduduk, Rani bin Awang Su, 69, setiap tahun sejak tiga tahun lalu, peneroka di kawasan itu terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit.

"Sepanjang tiga tahun ini, kerugian hampir RM500,000 kerugian terpaksa ditanggung peneroka apabila tanam seperti sawit dan pisang, dirosakkan gajah liar," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Mohamad Hafid Rohani menasihatkan peneroka untuk membersihkan kawasan kebun dan rumah mereka bagi mengelakkan kemunculan gajah liar terbabit.

"Penduduk juga dinasihatkan untuk keluar berkerja secara berkumpulan. Selain itu, sekiranya terserempak dengan haiwan liar, segera menjarakkan diri dan bersembunyi di belakang pokok, serta mengelakkan dari melakukan provokasi terhadap gajah terbabit," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -angkara-gajah-liar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.189514 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list