CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8265|Reply: 5

Ayuh Harimau Malaya benam Jordan

[Copy link]
Post time 15-1-2024 12:41 PM | Show all posts |Read mode

DOHA 14 JANUARI 2024. Pemain skuad Harimau Malaya menjalani sesi latihan terakhir sebelum menghadapi Jordan pada aksi pembukaan Piala Asia 2023 pagi esok. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

DOHA: Detik 1.30 pagi esok waktu Malaysia bakal menandakan bermulanya langkah sebenar perjuangan Harimau Malaya di pentas pusingan akhir Piala Asia 2023.

Skuad kendalian Kim Pan Gon akan turun menentang Jordan di Stadium Al Janoub bagi saingan Kumpulan E dan ia menjadi penampilan semula skuad negara di kejohanan tertinggi Asia itu selepas 2007.

Tampil atas tiket sebagai tuan rumah pada 2007, skuad negara bagaimanapun berdepan situasi mengecewakan apabila gagal mengutip sebarang mata dan menghuni tangga tercorot dalam Kumpulan C.

Penampilan Harimau Malaya kali ini tampak lebih mengujakan semua pihak apabila skuad negara layak secara merit buat kali pertama ke pusingan akhir selepas tempoh 43 tahun.



Malah, anak buah Pan Gon berada pada prestasi terbaik berdasarkan keputusan positif yang diraih mereka dalam aksi persahabatan dan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sebelum ini termasuk berjaya mengatasi pasukan di ranking lebih tinggi.

Berdepan Jordan yang berada di ranking ke-87 dunia, ia bukan tugas mudah buat Harimau Malaya apatah lagi harapan tinggi diletakkan penyokong untuk mereka meraih keputusan positif pada aksi sulung di Qatar.

Tiba di Qatar sejak dua minggu lalu, skuad negara seharusnya sudah menyesuaikan diri dengan keadaan di negara itu terutama keadaan cuaca yang sedikit sejuk berbanding Malaysia.

Kini, hanya tinggal perancangan dan keupayaan pemain untuk menterjemahkan apa yang dimahukan Pan Gon sepanjang 90 minit di atas padang bagi memerangkap skuad The Chivalrous Ones.

Ayam tambatan Harimau Malaya seperti Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim diharap dapat menampilkan aksi terbaik dalam perlawanan itu dengan mereka mungkin menjadi sasaran utama untuk dirantai pemain Jordan.

Malah, mereka juga berkemungkinan besar akan berdepan dengan pemain yang memiliki pengalaman beraksi bersama Selangor di Liga Malaysia, Yazan Al Arab dan Noor Al Rawabdeh.

Barisan pertahanan Harimau Malaya pula dilihat harus berwaspada dengan mesin gol Jordan, Yazan Al Naimat dan Hamza Al Dardour yang bakal menjadi taruhan utama pengendali skuad itu, Hussein Ammouta.

Al Naimat meledak enam gol buat skuad Jordan dalam 12 perlawanan yang diharungi mereka sejak Mac tahun lalu sekali gus meletakkan penyerang berusia 24 tahun itu sebagai pilihan utama Ammouta.
https://www.bharian.com.my/sukan ... malaya-benam-jordan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
ANGKUH RIAK TAKABUR...

HT: MALAYA RIMAU 0 3 JORDAN...

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 02:32 AM | Show all posts
neves yach untuk first match pagi ni takpelah first half ni 3-0, tapi iols perasan team mesia ni bola dia tak lekat kat kaki ye bila passing bola, team jordan elok pulak ye, siap ada komunikasi yang baik.

eh benang ni memang takda orang reply ke?

semoga team mesia dapat momentum yang lebih baik untuk 2nd half nanti. Aminn.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 03:37 AM From the mobile phone | Show all posts
FT: MALAYA RIAK 0 4 JORDAN....

Arif Aimang who?

Colbin Ang(spotted with new hairdo) who?

Akhyar(another clown spotted with hair color) who?

My assessment?....our players don't deserve any accolades....cepat besar kepala.....

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 16-1-2024 03:44 AM
hyie replied at 16-1-2024 02:32 AM
neves yach untuk first match pagi ni  takpelah first half ni 3-0, tapi iols perasan team mesia  ...


Asal trailing je nerbes..payah nak admit  that the opponent ran all over us because they were superior than us on the nite....

Kita lupa we were once upon a time not too long ago, were trailing kgysgostan 3-1 and we made a miraculous comeback to win 4-3..ada dengar komen kita nebes sehingga boleh overturned the deficit? ADA?

Mula puji pemain2 tahap langit ke7...tup tup kuar komen pujian yg dangkal like..." kita dah bersedia utk melangkah ke piala dunia..."

Bak kata anak jiran aku yg 3 tahun,

Boo toe ler...



Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 03:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Jordan belasah Harimau Malaya, 4-0
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
16 JAN 2024



Bila terlalu bongkak takbur riak utk berpijak dibumi yg nyata...

A good wake up call ........if it ever will.....to our players...


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.037317 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list