CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10174|Reply: 0

[Pahang] Kaki kanan bengkak sehingga beratnya 60 kg

[Copy link]
Post time 16-1-2024 01:32 PM | Show all posts |Read mode

Pesakit, Mohd Zulkifli Zainal yang mengidap Lymphoedema kronik memerlukan RM75,000 untuk melakukan pembedahan kaki kananya. FOTO MOHD RAFI MAMAT

Raub: "Dalam tempoh enam tahun, kaki kanan saya membesar hingga mencapai berat lebih 60 kilogram (kg), disebabkan penyakit untut atau Lymphoedema kronik yang membataskan pergerakan," kata Mohd Zulkifli Zainal, 40.

Menurut kakitangan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub itu, pihak hospital sebelum ini mengesahkan dia mengidap penyakit berkenaan yang berpunca daripada sejenis kuman yang terdapat di dalam sungai.

Katanya, penyakit itu boleh menyerang bahagian kaki dan tangan hingga menyebabkan anggota badan terbabit akan membesar.

"Sebelum ini saya pernah menjalani rawatan di hospital kerajaan, namun sehingga kini tiada perubahan, tiada keputusan dikeluarkan terutama kaedah untuk membantu merawat keadaan ini.



"Saya terpaksa merujuk kepada hospital swasta di Kuala Lumpur, doktor pakar di situ mencadangkan supaya saya segera menjalani pembedahan membuang daging yang tumbuh secara berterusan itu," katanya, di sini, semalam.

Dia yang tinggal di kuarters PHD Raub di sini, berkata, walaupun kaki kanannya membesar secara berterusan, namun ia tidak menyakitkan hingga menjejaskan tahap kesihatannya.

Mohd Zulkifli berkata, penyakit berkenaan hanya membataskan pergerakannya dan dia terpaksa mendapat bantuan isteri dan rakan ketika bertugas di pejabat.

"Saya kini memerlukan RM75,500 bagi melakukan pembedahan di hospital swasta di Kuala Lumpur. Dengan pendapatan tidak seberapa, saya merayu sumbangan daripada pihak yang prihatin.

"Jaminan doktor pakar menerusi pembedahan yang dilakukan kaki kanan saya dapat kembali normal menguatkan lagi semangat saya untuk mengumpul wang sebanyak itu," kata bapa kepada seorang anak itu.

Mohd Zulkifli berkata, Kerajaan Pahang dan pelbagai pihak ada menghulur sumbangan dan jumlahnya kini lebih RM30,000, manakala dia menjual sebahagian barangan berharga miliknya bagi menampung kos rawatan.

Mereka yang ingin membantu boleh memberi sumbangan ke akaun CIMB Bank, 7035954322.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngga-beratnya-60-kg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.053894 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list