CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4830|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Seorang daripada dua beradik hilang ditemukan selamat

[Copy link]
Post time 17-1-2024 10:39 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR dua beradik yang dilapor hilang sejak 1 Januari. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Seorang daripada dua beradik lelaki yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor pada 1 Januari lalu ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni, pada malam, 11 Januari lalu.

Ibu mangsa yang berusia 39 tahun berkata anaknya yang mesra dengan panggilan Along, berusia 17 tahun mendakwa dia dan adiknya, yang berusia 16 tahun, dilarikan oleh individu yang tidak dikenali sebelum dibawa dan dikurung di sebuah motel di Jalan Petaling.

"Along mendakwa dia dikurung bersama adiknya sehingga 9 Januari lalu sebelum dipisahkan. Dia bagaimanapun berjaya melarikan diri ketika lelaki yang menjaganya tertidur akibat pengaruh dadah dan turut berjaya melarikan telefon bimbit milik lelaki itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, sejurus selepas melarikan diri, anak sulungnya bertindak menghubunginya menggunakan telefon bimbit berkenaan untuk memaklumkan keberadaannya dan dia kemudiannya menelefon pihak polis bagi memaklumkan perkara itu.



Anggota polis dari Balai Polis Tun HS Lee kemudian, katanya bergegas ke lokasi anaknya berada dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

"Along kemudian membawa polis ke tempat dia dikurung dan saya difahamkan seorang lelaki telah ditahan berhubung kehilangan kedua-dua anak saya itu," katanya yang kemudian membawa pulang anaknya itu selepas diserahkan oleh pihak polis pada tengah malam 12 Januari lalu.

Beliau mendakwa sehingga kini anaknya sering meracau serta menjerit dalam tidur.

Pada masa yang sama, beliau berharap seorang lagi anaknya dapat ditemukan segera dan memohon orang ramai untuk sama-sama mendoakan anaknya yang berusia 16 tahun itu dijumpai dalam keadaan selamat.

Pada 4 Januari lalu media melaporkan dua beradik lelaki, masing-masing berusia 16 dan 17 tahun dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Selangor, pada pagi 1 Januari lepas.

Kedua-dua remaja dilaporkan hilang selepas pulang daripada solat subuh di surau kawasan perumahan mereka di Taman Bernam Jaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima pemakluman tentang kes itu dan ia sedang disiasat oleh pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-ditemukan-selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.219178 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list