CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5863|Reply: 0

[Kelantan] Bungkus ganja macam belacan, hantar guna perkhidmatan kurier

[Copy link]
Post time 17-1-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode

Wan Jamal Abdul Salam (dua dari kiri) menunjukkan ganja mampat yang dibungkus seperti bungkusan belacan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JDKM Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Taktik sindiket pengedaran dadah yang membungkus ganja seperti bungkusan belacan sebelum dihantar menggunakan perkhidmatan kurier terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menyerbu sebuah premis kurier di Rantau Panjang dekat sini, minggu lalu.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, modus operandi terbaharu itu dibongkar selepas pihaknya merampas ganja mampat seberat 1.18 kilogram (kg) dan 202 biji pil kuda bernilai RM5,340 di premis itu pada 10 Januari lalu.

Menurutnya, siasatan mendapati, taktik itu digunakan oleh pengedar dadah untuk mengaburi mata pihak berkuasa semasa menjalankan kegiatan mereka di negeri ini.

“Rampasan itu merupakan kes pertama yang dibongkar JKDM Kelantan melibatkan pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan kurier pada tahun ini.

“Siasatan mendapati, pengirim bungkusan itu menggunakan nama dan alamat yang sama seperti penerimanya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM Kelantan, di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, pihaknya percaya sindiket pengedar dadah menggunakan khidmat ‘runner’ untuk membawa dan mengirimkan bungkusan tersebut melalui perkhidmatan kurier.

Menurutnya, selain ganja dibungkus menggunakan bungkusan seperti belacan, pihaknya turut mendapati sindiket pengedaran dadah menggunakan kotak produk kosmetik sebelum dihantar menggunakan kurier. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... erkhidmatan-kurier/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062588 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list