CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6632|Reply: 0

Pengajaran berharga buat Malaysian Tigress

[Copy link]
Post time 18-1-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode

BARISAN pemain menimba pengalaman berharga pada Kelayakan Olimpik di Valencia ketika ini. - FIH

SEPERTI dijangka, skuad hoki wanita kebangsaan mencatat kekalahan besar kepada Great Britain pada aksi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 selepas tewas 1-8 di Valencia, Sepanyol malam kelmarin.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysian Tigress menamatkan aksi peringkat Kumpulan B di tangga tercorot, malah terus menutup peluang untuk mencipta kejutan mara ke Sukan Olimpik 2024.

Meskipun tewas dengan ja­ringan besar, namun ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim percaya anak-anak buahnya mendapat pengalaman cukup berharga menentang pasukan yang pernah memenangi pingat emas Olimpik.

“Kita bermain sa­ngat baik pada awal permainan, terutamanya menentang Great Britain yang merupakan bekas juara Olimpik. Ia adalah pe­ngalaman yang sangat berharga untuk pemain-pemain muda.

“Kita juga masih mampu bermain dengan baik walaupun tanpa kelibat pemain-pemain utama, termasuk kapten Juliani Mohamad Din akibat kecederaan. Pemain-pemain muda ini cuba mengekang Bri­tain daripada melakukan jari­ngan lebih besar,” katanya.

Malaysia gagal mengutip sebarang mata pada saingan kali ini selepas tewas kesemua tiga perlawanan menentang Great Britain, Sepanyol dan Kanada selain melepaskan 18 gol.

Selepas gagal meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir, Malaysia kini menggalas misi untuk sekurang-kurang­nya memburu penamat terbaik pada kejohanan tersebut.

“Menjelang perlawanan akan datang, sudah tentu kita akan melakukan analisis terhadap pasukan-pasukan yang berada dalam satu lagi kumpulan. Kita akan berusaha untuk menamatkan saingan kali ini di kedudukan terbaik,” ujar ­Nasihin.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -malaysian-tigress/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.119150 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list