CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36835|Reply: 0

[Pahang] Untung RM110, rugi lebih RM200,000

[Copy link]
Post time 20-1-2024 03:07 PM | Show all posts |Read mode

Kuantan: Terpedaya dengan umpan sebanyak RM110 menyebabkan seorang pesara kerugian wang simpanan berjumlah RM260,388 selepas pelaburan saham yang disertainya sebenarnya tidak wujud.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik untuk menyertai pelaburan terbabit kerana dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.

"Mangsa mendakwa mula menyertai pelaburan itu pada awal Disember tahun lepas dan cubaan pertamanya melabur dengan nilai RM500 membawa keuntungan RM110 menyebabkan dia melabur dalam jumlah lebih besar.

"Dia kemudiannya diberikan pautan untuk mendaftar dalam sebuah laman web untuk memantau pergerakan saham dan berminat untuk mengeluarkan keuntungan pada minggu ketiga Disember 2023.



"Bagaimanapun, suspek dikatakan meminta mangsa untuk membayar cukai pelaburan terlebih dulu, sehingga dia membuat 14 kali pemindahan wang secara dalam talian ke lima akaun seperti diarahkan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Yahaya berkata mangsa menyedari ditipu selepas masih tidak diberikan kebenaran untuk mengeluarkan "keuntungan" itu, menyebabkan dia membuat laporan di balai polis di Kuala Lipis semalam.

Dalam kes berasingan, Yahaya berkata seorang jururawat berusia 50 tahun sanggup membuat pinjaman bank dan menjual barangan kemas, selepas diperdayakan sindiket Macau Scam sehingga kerugian RM105,000.

Mangsa mendakwa dihubungi suspek pada 26 November tahun lalu, yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang sedang membuat siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan nama mangsa.

Mangsa menafikan dakwaan itu, namun talian kemudian dikatakan disambungkan kepada seorang anggota "polis" yang menggertak bahawa mangsa akan dikenakan hukuman berat atas kesalahan itu.

Anggota "polis" itu didakwa mengarahkan mangsa untuk membuat pemindahan wang ke empat akaun berbeza kononnya bagi tujuan siasatan dan mangsa yang bimbang dikenakan hukuman, telah sedaya upaya memenuhi arahan itu.

Mangsa membuat laporan di balai polis di Jerantut semalam, selepas sedar ditipu kerana gagal menghubungi suspek bagi bertanyakan perkembangan siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rugi-lebih-rm200000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.058833 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list