CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3044|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang dijangka terima lebih sejuta pengunjung sempena Thaipusam

[Copy link]
Post time 21-1-2024 09:36 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang dijangka terima lebih sejuta pengunjung sempena Thaipusam


Januari 21, 2024 @ 8:40pm



Gambar hiasan



GEORGETOWN: Lebih sejuta penganut agama Hindu dan pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang minggu depan sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut, Khamis ini.

Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (LWHPP), RSN Rayer berkata, sambutan tiga hari bermula Rabu ini turut membawa kelainan apabila buat julung kalinya kedua-dua pedati iaitu pedati emas dan pedati perak akan berarak bersama ke kuil di Jalan Kebun Bunga, sebagai tanda perpaduan.

"Kita menggelarkan Thaipusam kali ini sebagai 'Thaipusam Perpaduan' kerana ini kali pertama kedua-dua pedati bergerak hampir bersama-sama, iaitu hanya kira-kira satu kilometer antara satu sama lain dan berharap dapat sampai ke kuil pada jam 11 malam.

"Kita juga akan cuba mengkoordinasikan pergerakan lebih cepat kerana tidak mahu berlaku seperti beberapa tahun lalu yang mana perarakan mengambil masa hampir 24 jam untuk sampai ke kuil disebabkan kelewatan pedati emas," katanya selepas mengiringi Menteri Sumber Manusia, Steven Sim mengadakan lawatan program Kesuma MADANI sempena sambutan Thaipusam di Kuil Waterfall Hill di Jalan Kebun Bunga, di sini, hari ini.

Rayer berkata, sebanyak 150 'thaneer panthal' atau khemah pengedaran makanan dan minuman percuma turut didirikan di sepanjang laluan perarakan ke kuil.

Beliau berkata, pedati emas akan bergerak dari kuil di Lebuh Queens pada jam 5.30 pagi Rabu ini, diikuti pedati perak sejam kemudian dari kuil di Lebuh Penang dengan kedua-dua pedati akan kembali ke kuil masing-masing pada Jumaat ini.

Sementara itu, Rayer berkata, Thaipusam bukan saja disambut penganut Hindu tetapi turut diraikan bangsa lain seperti Cina, selain menjadi tumpuan pelancong asing.

Sehubungan itu, beliau meminta kepada mereka yang terbabit tidak melakukan perkara boleh mencemarkan upacara keagamaan itu seperti minum minumanberalkohol atau menyalakan mercun.

"Kita juga merayu orang ramai tidak parkir kenderaan sesuka hati kerana boleh menimbulkan masalah jika berlaku kecemasan, lebih baik gunakan kenderaan awam kerana ada perkhidmatan bas dan feri percuma sempena Thaipusam," katanya. - BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.057634 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list