CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9118|Reply: 0

CKJ, JRT jalin kerjasama peringkat aksi Asia

[Copy link]
Post time 22-1-2024 12:14 PM | Show all posts |Read mode

Penasihat dan perancangan CKJ Racing Team, Che Ku Jonaidi (tiga dari kanan) bersama pemilik dan pengurus JRT Tech 2, Jeremy Hoh (dua dari kanan) selepas mengadakan perbincangan, semalam. - Foto ihsan CKJ Racing Team

KUALA LUMPUR: Kolaborasi antara pasukan CKJ Racing Team dan JRT Tech 2 Racing bakal menghangatkan lagi saingan kelas Underbone 150 (UB150) di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024.

Kedua-dua pasukan ini menemui kesepakatan menjalinkan hubungan kerjasama bagi musim baharu 2024 yang dijadual membuka tirainya pada Mac ini di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand dengan menggunakan dua pelumba berpengalaman CKJ Racing Team, Md Akid Aziz dan Ahmad Afif Amran.

Pengurus Operasi dan Strategi Pasukan CKJ Racing, Amer Saad berkata, kolaborasi yang dimeterai baru-baru ini bakal membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi teknologi yang ada dengan menggunakan jentera Yamaha.

"Kita ditawar oleh JRT untuk bekerjasama dalam pasukan mereka untuk kelas UB150 di ARRC. Selepas perbincangan, kita mendapat kata sepakat dan CKJ ditugaskan dari segi seperti pengurusan teknikal, pelumba dan juga mekanik.


"Tujuan utama kolaborasi ini adalah untuk pembangunan yang akan diuji dan digunakan dalam perlumbaan ARRC nanti. Ia juga satu pengalaman baharu buat CKJ Racing dalam UB150... bekerjasama dengan pasukan JRT yang sudah memasuki tahun ketiga mereka dalam saingan ARRC (2024)," kata Amer.

Untuk rekod, CKJ Racing Team mula menyertai ARRC pada 2010 dalam kelas Underbone 115 (UB115) yang menyaksikan Rafid Topan Sucipto menamatkan kempen di tangga ketiga keseluruhan sebelum pelumba dari Indonesia itu meraih gelaran juara pada tahun berikutnya.

CKJ Racing Team terus mencabar kejuaraan di pentas Asia dengan turut pernah menyertai kelas Asia Production 250 (AP250) pada 2018 menerusi pelumbanya Afif sebelum membuat keputusan tidak menyertai perlumbaan ARRC pada 2019.

Dalam pada itu, pemilik dan pengurus pasukan JRT Tech 2 Racing, Jeremy Hoh dalam satu hantarannya di Facebook mengesahkan kerjasama berkenaan.

"JRT Tech 2 akan bekerjasama dengan CKJ Racing Team untuk musim 2024 dalam ARRC.

"Kedua-dua jentera pasukan akan dipacu Ahmad Afif Amran dan juga juara keseluruhan Kejuaraan Cub Prix Malaysia (2023), Akid Aziz. Musim ini akan menyajikan lebih cabaran berbanding sebelumnya dengan kita akan mempunyai dua juara bersama kami.

"Kedua-dua mereka ini pernah meraih kejuaraan di Cub Prix pada 2022 dan 2023. Kami akan bersiap sedia bagi mengharungi Pusingan 1 di Buriram pada Mac ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... peringkat-aksi-asia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.045903 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list