CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2954|Reply: 0

[Pulau Pinang] 573,178 pelancong kapal persiaran ke Pulau Pinang

  [Copy link]
Post time 23-1-2024 12:13 PM | Show all posts |Read mode
573,178 pelancong kapal persiaran ke Pulau Pinang

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
23 Januari 2024 10:20am




Gambar hiasan 123RF. Gambar kecil: Wong Hon Wai




GEORGE TOWN - Jumlah pelancong luar negara yang datang ke Pulau Pinang melalui kapal persiaran pada tahun lalu meningkat sebanyak 30.56 peratus berbanding tahun 2022.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata, pada tahun lalu, seramai 573,178 pelancong antarabangsa masuk ke Pulau Pinang melalui kapal persiaran yang berlabuh di Terminal Cruise Swettenham Pier (SPCT) berbanding 439,012 pada tahun 2022.


"Berdasarkan rekod, jumlah pelancong antarabangsa yang masuk ke Pulau Pinang melalui kapal persiaran meningkat selepas pandemik Covid-19.
"Pada tahun 2023, Pulau Pinang menyambut 573,178 pelancong antarabangsa di SPCT manakala pada 2019, seramai 409,943 pelancong masuk ke sini.



"Jika dibandingkan jumlah pelancong pada 2023 dengan 2019, berlaku peningkatan sebanyak 39.82 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pemulihan yang ketara ini menunjukkan bahawa sektor pelancongan kapal persiaran Pulau Pinang telah mencapai prestasi yang lebih baik berbanding tahun sebelum pandemik.

"Ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi untuk Pulau Pinang dan Malaysia," katanya.

Tambah beliau, pada tahun 2022, SPCT menerima 84 buah kapal persiaran antarabangsa sementara 156 buah pada 2023.




"Jumlah ini menunjukkan peningkatan secara ketara iaitu sebanyak 85.71 peratus.

"Peningkatan ini tidak hanya mencerminkan industri pelancongan kapal persiaran semakin pesat di Pulau Pinang malah menonjolkan daya tarikan Pulau Pinang sebagai destinasi kapal persiaran utama.


SPCT menerima jumlah kapal persiaran yang meningkat pada 2023 berbanding 2022 dan 2019.



"Pembesaran SPCT telah direka khas untuk menampung kapal persiaran yang lebih besar dan mampu menampung seramai 12,000 penumpang secara serentak.

"Terminal ini telah berjaya mencapai pendaratan serentak dua kapal besar dengan panjang keseluruhan 700 meter, menetapkan mercu tanda bersejarah," katanya.

Tambah beliau, pembesaran strategik ini tidak hanya meningkatkan kapasiti terminal malah meletakkan Pulau Pinang sebagai hentian yang ideal dan mesra bagi syarikat kapal persiaran antarabangsa.

"Ia juga mencerminkan komitmen Pulau Pinang untuk menyediakan pengalaman yang lancar dan menyeronokkan bagi pengendali kapal persiaran dan penumpang.

"Statistik profil pelancong dari kapal persiaran yang tiba di Pulau Pinang pada tahun 2023 menunjukkan kepelbagaian pelancong dari seluruh dunia.

"Singapura menduduki tempat pertama diikuti India dan Indonesia yang mana, ini menunjukkan peningkatan minat pelancong asing dengan percutian kapal persiaran dalam kalangan negara-negara Asia," katanya.

Ujar beliau, Filipina menduduki tempat keempat dengan populariti yang semakin meningkat dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara.

"China dan Amerika Syarikat masing-masing menduduki tempat kelima dan keenam sementara Korea Selatan menduduki tempat ketujuh, menunjukkan kehadiran yang ketara bagi pelancong Asia Timur dalam industri kapal persiaran.

"Tidak ketinggalan Thailand, Australia dan negara-negara bukan Komanwel yang mana, ini membuktikan percutian kapal persiaran mempunyai daya tarikan di seluruh benua yang berbeza," katanya.

Jelas beliau, secara keseluruhan, rekod kemasukan pelancong dan trafik kapal persiaran antarabangsa ke Pulau Pinang menunjukkan pertumbuhan yang ketara terhadap SPCT selepas pandemik.

"Pulau Pinang bersedia menyambut pelancong yang datang menggunakan kapal persiaran yang lebih ramai pada tahun 2024 dan terus memperkukuhkan kedudukan negeri ini sebagai destinasi penting dalam industri pelancongan kapal persiaran antarabangsa," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.049410 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list