CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3659|Reply: 0

Terima kasih TSG - Nur Aiman

[Copy link]
Post time 23-1-2024 03:03 PM | Show all posts |Read mode



Pelumba baharu skuad Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Aiman Rosli. - Foto NSTP/Malik Muhamad


KUALA TERENGGANU: "Jika tidak kerana TSG (Terengganu Cycling Team), saya tidak pasti hala tuju dan karier selepas ini.

"Terima kasih TSG kerana sudi terima saya menjadi salah seorang ahli keluarga mereka," kata pelumba baharu skuad TSG, Nur Aiman Rosli.

Nur Aiman, pelumba kelahiran Muar, Johor, berkata demikian selepas khidmatnya ditagih skuad yang berpangkalan di Terengganu itu pada musim ini.

Terdahulu bekas pelumba Sapura Cycling Team (TSC) itu diperkenalkan sebagai pelumba baharu bersama dua pelumba import terkini - Andreas Miltiadis dari Cyprus dan pelumba kelahiran Eritrea, Merhawi Kudus Ghebremedhin pada satu majlis di sebuah hotel malam kelmarin.



Mengulas lanjut, Nur Aiman mengakui dia berasa begitu bertuah kerana hasratnya untuk menyarung jersi pasukan benua terbaik dunia itu menjadi kenyataan pada musim ini.

Jelas pelumba berusia 25 tahun itu, bukan mudah untuk menyarung jersi pasukan di tangga ke-29 dunia dalam Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), lebih-lebih lagi barisan pelumba bimbingan ketua jurulatih, Mohd Saiful Anuar Aziz itu sudah menempa nama di pentas dunia.

"Selepas tidak lagi bersama pasukan TSC, saya rasa buntu dan bagaikan gelap masa depan untuk meneruskan karier dalam sukan ini, namun mujur permohonan kepada pihak pengurusan TSG dibalas dengan jawapan yang begitu menggembirakan saya.

"Saya berikrar untuk memberikan yang terbaik kepada pasukan dalam setiap perlumbaan yang bakal disertai, Insya-Allah saya sasarkan podium.

"Lagipun skuad TSG ini menyertai banyak perlumbaan antarabangsa, jadi secara tidak langsung ia serampang dua mata buat saya untuk meningkatkan lagi kualiti kayuhan bagi mengintai peluang yang lebih mencabar," kata Nur Aiman ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pasukan dan Meraikan Kejayaan TSG musim lalu.

Selain tiga pelumba itu, sepuluh lagi pelumba TSG termasuk pelumba sensasi, Mohd Harrif Saleh, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Irwandie Lakasek, Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff, Wan Abdul Rahman Hamdan dan Kee Zhe Yie.

Manakala lima lagi pelumba import terdiri daripada Anatolii Budiak (Ukraine), Metkel Eyob (Eritrea), Youcef Reguigui (Algeria), Jesse Ewart (Ireland) dan pelumba kelahiran Indonesia, Aiman Cahyadi.
https://www.bharian.com.my/sukan ... kasih-tsg-nur-aiman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.070180 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list