CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3628|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bapa disyaki rogol, pukul anak disambung reman

[Copy link]
Post time 27-1-2024 04:10 PM | Show all posts |Read mode


REMBAU - Tempoh reman seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki merogol anaknya di Kendong di sini dilanjutkan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, siasatan terhadap suspek berusia 47 tahun itu masih dijalankan.

Menurutnya, manakala mangsa iaitu remaja perempuan berusia 17 tahun juga sudah dibawa ke lokasi kejadian rogol pada Jumaat untuk siasatan selanjutnya.

"Reman akan tamat pada hari ini (27 Januari) tapi kita akan mohon untuk lanjutkan supaya dapat jalankan siasatan lanjut.

"Apabila sudah selesai, kita akan serahkan kertas siasatan kepada Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya pada Sabtu.

Katanya, ketika ini mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah dan berada di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Mangsa masih dalam keadaan trauma. Sebelum ini, mangsa tinggal bersama neneknya sejak berusia empat tahun dan berpindah ke rumah bapanya pada Jun 2022," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan dipukul oleh bapanya menggunakan pelbagai objek sehingga mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Tampin.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.053887 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list