CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7101|Reply: 0

Kapten Palestin beri kekuatan berdepan juara bertahan

[Copy link]
Post time 28-1-2024 11:25 AM | Show all posts |Read mode

AKSI Musab al-Battat (kiri) ketika bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE). FOTO AFP

Doha: Musab Al-Battat mengetuai Palestin di atas padang dengan persembahan penuh aksi dan di luar sebagai suara pasukan yang berjuang untuk mara ke pusingan kalah mati Piala Asia buat kali pertama.

Kapten berusia 30 tahun itu akan menjadi pemain yang menjadi inspirasi apabila Palestin berdepan tuan rumah dan juara bertahan, Qatar dalam perlawanan peringkat 16 terakhir, tengah malam Selasa ini.

Palestin mara ke pusingan kalah mati kejohanan serantau itu selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Hong Kong, iaitu kemenangan pertama mereka dalam kejohanan itu.

Pemain pertahanan itu membuat menjadi arkitek kepada dua gol dan dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.


"Dia adalah kapten yang memimpin melalui teladan," kata Bassil Mikdadi, pengasas laman web Football Palestine.

"Kisah atau perjalanan bola sepak Palestin sejak 10 tahun lalu boleh diceritakan melalui Musab Al-Battat," tambah Mikdadi mengenai pemain itu yang membuat penampilan sulung antarabangsanya pada 2013.

Pasukan yang berada di ranking ke-99 dunia itu mara ke pusingan seterusnya walaupun mengalami masalah yang teruk dibayangi oleh perang Israel-Hamas di wilayah Palestin dekat Gaza.

Beberapa pemain kehilangan orang tersayang dan keluarga mereka terperangkap di Gaza.

Pasukan itu berlatih dan bermain perlawanan di luar negara dalam persiapan ke Piala Asia ketiga mereka.

Sebagai kapten dan pemain senior yang sangat dihormati, Battat menjadi suara umum dan wajah pasukan di Qatar.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... epan-juara-bertahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.118626 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list