CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5190|Reply: 0

[Johor] 23 individu sudah diambil keterangan bantu kes bakar surau, masjid

[Copy link]
Post time 29-1-2024 05:50 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN kesan kebakaran yang berlaku di Surau Nur Parit Bangas, Sri Medan, Batu Pahat, 15 Januari lalu.

BATU PAHAT – Seramai 23 penduduk di Kampung Parit Simis Darat dan Parit Bangas Sri Medan sudah diambil keterangan bagi membantu kejadian kebakaran masjid serta surau di dua kampung berkenaan pada 16 dan 17 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pengambilan keterangan itu adalah sebagai membantu pihaknya mendapatkan maklumat berkaitan kejadian kebakaran di dua buah kampung yang terletak berdekatan di Sri Medan, Batu Pahat.

Katanya, pihak polis kini sedang dalam proses mendapatkan laporan forensik daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi melengkapkan proses siasatan

“Permohonan untuk mendapatkan laporan Forensik Bomba telah dibuat dan dijangka akan diperolehi dalam masa terdekat.

“Demi menjaga keamanan dan ketenteraman awam, orang ramai diminta untuk tidak menimbulkan sebarang spekulasi sebaliknya jika ada sebarang maklumat diharapkan tampil ke balai polis Sri Medan untuk menyalurkan maklumat,” katanya ketika diminta mengulas kejadian kebakaran di surau dan masjid dua malam berturut-turut di Sri Medan.

Pada 16 Januari lalu, sebuah masjid di Kampung Parit Simis Darat dilaporkan terbakar kira-kira pukul 10.50 malam sehingga menyebabkan banyak kerosakan.

Manakala pada 17 Januari, sebuah surau di Kampung Parit Bangas turut dilaporkan terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... bakar-surau-masjid/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.054176 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list