CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4826|Reply: 0

Tubuh jawatankuasa teknikal- Azraai

[Copy link]
Post time 30-1-2024 10:28 AM | Show all posts |Read mode

SKUAD Harimau Malaya menamatkan kempen Piala Asia 2023 dengan mengikat Korea Selatan 3-3 dalam perlawanan terakhir mereka. - IHSAN FAM



PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bagi membantu proses bedah siasat dan penilaian terhadap prestasi Harimau Malaya di Piala Asia 2023 agar setiap aspek dalam pasukan diberi penambahbaikan.

Bukan sahaja tentang aksi di atas padang, FAM juga perlu memberikan perhatian kepada perkara luar padang termasuk persekitaran dan juga keperluan pasukan ketika ini.

Bekas pemain bola sepak negara yang juga jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, bedah siasat yang dilakukan FAM itu juga perlu mengambil kira lawan yang dihadapi oleh Harimau Malaya.

“Bagi saya bedah siasat wajib dilakukan untuk perbaiki aspek-aspek di atas padang dan di luar padang. Untuk atas padang setiap posisi perlu diberikan perhatian daripada penjaga gol hingga ke jentera serangan.

“Kita kena lihat secara terperinci apa kelemahan yang ada. Kim Pan Gon juga dalam proses nak kenal bola sepak Malaysia termasuk pemain-pemainnya. Jadi, FAM kena bentuk jawatankuasa teknikal untuk buat laporan.

“Aspek luar padang pula, kita kena tengok persekitaran, mempersiapkan kekuatan mental bagi menghadapi lawan terutama dari negara Arab yang suka membuat provokasi sama ada di atas atau luar padang untuk merosakkan moral para pemain lawan.

“Pengalaman saya bawa pasukan di peringkat kejohanan AFC dan sebagainya, kita tengok kebolehan teknikal pemain Arab lebih tinggi sebab liga mereka lebih kompetitif dan mungkin juga program pembangunan mereka berbeza dengan kita.

“Satu lagi, lawan pasukan Arab ini mental kena kuat. Banyak provokasi dan gangguan dalam dan luar padang, itu antara (cabaran) kalau bermain dengan pasukan Arab. Harap pemain jangan layan provokasi dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin memaklumkan pihaknya akan melakukan bedah siasat dan penilaian terhadap prestasi Harimau Malaya dalam kempen Piala Asia 2023.

Mengulas lanjut, Azraai berkata, bedah siasat itu bertepatan dengan situasi semasa kerana Harimau Malaya sekali lagi akan bertandang ke Timur Tengah pada Mac nanti untuk berdepan Oman dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

“Hasil bedah siasat nanti saya percaya akan menjadi bekalan untuk Harimau Malaya berdepan Oman pada Mac nanti. Dengan persediaan yang rapi, kita mampu untuk berdepan mana-mana pasukan,” kata Azraai.

Pada aksi kelayakan tersebut, Malaysia dijadual bertemu Oman pada 21 Mac di Muscat sebelum beraksi dalam perlawanan ulangan lima hari kemudian di Stadium Nasional Bukit Jalil. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... sa-teknikal-azraai/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:00 PM GMT+8 , Processed in 1.208817 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list