CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7956|Reply: 0

Piala Dunia Hoki 5s: Malaysia muncul naib juara

[Copy link]
Post time 1-2-2024 10:38 AM | Show all posts |Read mode

SKUAD hoki lelaki kebangsaan melakar sejarah muncul naib juara Piala Dunia Hoki 5s selepas tewas 2-5 kepada Belanda di perlawanan akhir. - MHC

KUALA LUMPUR – Hasrat skuad hoki 5 sebelah (5s) negara untuk menjadi juara sulung Piala Dunia Hoki 5s Lelaki tidak tertunai apabila muncul naib juara pada kejohanan yang berlangsung di Muscat, Oman.

Pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Oman awal pagi tadi, skuad kendalian Wallace Tan itu terpaksa akur dengan kekalahan 2-5 kepada pasukan gergasi dunia, Belanda.

Gol Belanda hadir menerusi dua jaringan Yannick van der Drift serta masing-masing satu gol Pepijn Reyenga, Sander de Wijn dan Jamie van Aart manakala gol Malaysia dijaringkan Mohamad Akhimullah Anuar Esook dan Muhammad Firdaus Omar.

Walaupun wakil Eropah itu menguasai sebahagian besar permainan tetapi Malaysia tampil dengan aksi lebih baik di separuh masa kedua apabila beberapa kali hampir menjaringkan gol ketiga.

“Dalam aksi final hari ini, kita sebenarnya sudah memberikan yang terbaik tetapi tewas. Untuk Piala Dunia 5s yang pertama ini, kita sudah mencapai keputusan tertinggi untuk hoki Malaysia, iaitu naib juara.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan. Kami sudah mencuba yang sebaiknya dan diharapkan peminat terus memberikan sokongan kepada sukan hoki Malaysia,” kata Wallace selepas tamat perlawanan.

Untuk rekod, Malaysia menampilkan aksi cukup baik sepanjang kejohanan berlangsung apabila tidak pernah tewas sebelum bertemu Belanda di perlawanan akhir.

Kerja keras dilakukan pemain-pemain negara pada kejohanan itu tidak sia-sia memandangkan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal sudah menjanjikan imbuhan sebaik mereka pulang ke tanah air. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -muncul-naib-juara/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.285587 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list