CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22827|Reply: 0

Akhimullah pemain terbaik Piala Dunia Hoki 5s

[Copy link]
Post time 1-2-2024 05:47 PM | Show all posts |Read mode

AKHIMULLAH (tengah) dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan selepas membantu Malaysia muncul naib juara Piala Dunia Hoki 5s 2024 di Oman awal pagi tadi. - FIH

PETALING JAYA – Piala Dunia Hoki 5 Sebelah (5s) 2024 pastinya menjadi kejohanan yang tidak dapat dilupakan oleh penyerang kebangsaan, Mohamad Akhimullah Anuar Esook apabila dinobatkan sebagai pemain terbaik pertandingan itu.

Penyerang berusia 23 tahun itu sememangnya layak memenangi anugerah itu berdasarkan prestasi mengagumkan dipamerkannya bersama skuad kebangsaan sepanjang kejohanan tersebut.

Ia termasuk satu gol menariknya ketika tewas 2-5 kepada Belanda pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Oman, Muscat awal pagi tadi, sekali gus mengumpul keseluruhan 11 jaringan peribadi.

Anugerah peribadi itu menjadikan resume Akhimullah kini cukup hebat selepas dia pernah menjadi ‘mesin gol’ Malaysia ketika memenangi pingat emas hoki 5s pada Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2018 di Buenos Aires, Argentina.

“Salah satu memori yang tidak pernah saya lupakan sepanjang karier hoki,” kata Akhimullah kepada Kosmo!.

Menariknya, penyerang Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu turut dinobatkan sebagai penjaring terbanyak temasya berkenaan dengan keseluruhan 22 gol.

Bagaimanapun, seorang lagi pemain Malaysia, Che Shahrul Saupi Che Azmi untuk mengikut jejak Akhimullah tidak kesampaian apabila Anugerah Penjaga Gol Terbaik kejohanan apabila dimenangi Joey van Walstijn dari Belanda. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... iala-dunia-hoki-5s/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.054558 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list