CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9808|Reply: 0

Akram Mahinan dedah punca dia pilih TFC

[Copy link]
Post time 3-2-2024 11:26 AM | Show all posts |Read mode

AKRAM Mahinan diumumkan pemain baharu TFC. FOTO FB TFC

Kuala Terengganu: Mahu berguru dengan ketua jurulatih kelahiran Croatia, Tomislav Steinbruckner adalah faktor utama pemain tengah, Akram Mahinan memilih Terengganu FC (TFC) sebagai destinasinya pada musim ini.

Selain itu jelas bekas perancang skuad Kuala Lumpur City FC (KL City FC) itu, gemar cabaran baharu juga turut mendorong pemain kelahiran Kedah itu memilih skuad dari Pantai Timur untuk meneruskan kariernya pada musim ini.

"Selepas melihat corak permainan yang diterapkan Tommy (Tomislav) pada musim lalu, saya begitu tertarik untuk menimba ilmu lebih-lebih lagi ia bersesuaian dengan cara saya bermain sekali gus saya tidak berfikir panjang selepas mendapat tawaran daripada pihak pengurusan.

"Lagipun saya sukakan cabaran yang baharu selain skuad TFC ini bukannya calang-calang sebaliknya sebuah pasukan yang besar dalam saingan Liga M, jadi saya begitu teruja dengan suasana dan cabaran baharu nanti.



"Namun saya sedar ianya bukan kerja mudah untuk mengintai kesebelasan utama pasukan, bagaimanapun saya akan berusaha lebih keras lagi untuk membantu pasukan sekurang-kurangnya muncul tiga pasukan terbaik Liga Super selain mahu meraih trofi bersama TFC," katanya.

Ketika ditanya adakah pasukan lain turut menawarkan kontrak kepadanya pada musim ini, jelas pemain yang pernah beraksi bersama PKNS, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah itu, sebanyak tiga pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

"Salah satunya pasukan KL City FC serta Kuching City FC (KCFC) selain TFC, namun saya lebih berminat untuk mulakan cabaran baharu dengan pasukan dari Pantai Timur ini.

"Apa yang saya harapkan peminat dapat menerima dan memberikan sokongan padu kepada saya serta pasukan," kata pemain tengah bertahan itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... punca-dia-pilih-tfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.389095 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list