CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19268|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Warga emas rugi RM178,000 terpedaya dengan 'dermawan'

[Copy link]
Post time 3-2-2024 12:07 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

SEREMBAN: Seorang wanita warga emas terpaksa menanggung kerugian RM178,000 selepas terpedaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim, berkata wanita berusia 70-an itu memaklumkan menerima satu pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang mengaku sebagai dermawan terkenal dan menawarkan skim pelaburan 'Navicap' pada 15 November lalu.

"Wanita itu seterusnya membuat dua transaksi berjumlah RM178,000 ke akaun yang diberikan oleh suspek.

"Bagaimanapun, mangsa gagal membuat pengeluaran wang modal dan keuntungan dijanjikan bagi pelaburan yang dibuat, atas alasan akaunnya dibekukan.



"Menyedari ditipu, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Mantin, jam 10 pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis sedang berusaha mengesan suspek untuk siasatan lanjut.

https://www.bharian.com.my/berit ... aya-dengan-dermawan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.227990 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list