CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6903|Reply: 0

Maleeq Dragster ungguli RCS Jepun 2024

[Copy link]
Post time 7-2-2024 09:20 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Pelumba cilik, Maleeq Dragster menggungguli Kejuaraan Run Bike Series (RCS) Jepun 2024 yang berlangsung di Fuji Marine Pool baru-baru ini. FOTO Kredit Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli

KUALA LUMPUR: Pelumba cilik, Maleeq Dragster membuka kalendar musim 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan pesaing di peringkat antarabangsa untuk menjuarai Kejuaraan Run Bike Series (RCS) Jepun 2024 yang berlangsung di Fuji Marine Pool baru-baru ini.

Kejayaan itu menambah koleksi terbaharu Maleeq atau nama penuhnya, Wan Ayden Maleeq Wan Mohd Muzri selepas mencipta sejarah menjadi anak Malaysia pertama membawa pulang trofi RCS Jepun musim ke-12 pada November tahun lalu.

Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli yang juga bapa kepada Maleeq berkata, kejayaan itu amat bermakna buat komuniti 'pushbike' yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada barisan pelumba.

"Perlumbaan kali ini sangat mencabar kerana bukan sahaja persaingan antara pelumba, tetapi juga keadaan cuaca hujan pada kedua-dua hari pertandingan. Apabila hujan, suhu menjadi semakin sejuk dan Maleeq berlumba dalam keadaan kesejukan.



"Untuk mengekalkan kejuaraan adalah sesuatu yang mendebarkan dan merisaukan kami sebagai ibu bapa. Tahniah dan bangga kerana ini adalah permulaan terbaik Maleeq untuk tahun 2024.

"Membawa nama Malaysia dan pasukan M8 ke peringkat lebih tinggi adalah satu tanggungjawab yang besar. Tanpa usaha dan pengorbanan tidak mampu kita ukir kejayaan. Sejarah berulang lagi kali ini buat Maleeq," katanya dalam satu kenyataan.

Kejayaan Maleeq turut menerima pujian daripada Presiden RCS, Yuuki Takahira yang mengakui Malaysia berjaya melahirkan juara, selain mendapat liputan daripada media Jepun seperti Tokyo Chinichi Sports dan Majalah RCS.

RCS Jepun adalah kejohanan terbaik di Asia yang mengumpulkan juara-juara 'pushbike' dari seluruh dunia antaranya tuan rumah, China, Taiwan, Thailand dan Malaysia.
https://www.bharian.com.my/sukan ... guli-rcs-jepun-2024
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.062126 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list