CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13676|Reply: 0

Azeem kejang otot, tarik diri aksi final

[Copy link]
Post time 11-2-2024 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Azeem mara ke final ara 60 meter Kejohanan Jemputan Dalam Dewan Clemson Tiger Pow 2024.

KUALA LUMPUR: Atlet pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi mara ke pentas final acara 60 meter Kejohanan Jemputan Dalam Dewan Clemson Tiger Pow 2024 semalam namun terpaksa menarik diri selepas mengalami masalah kesihatan.

Azeem mara ke pentas final selepas mencatat 6.65 saat (s) untuk berada di kedudukan kedua aksi separuh akhir saingan 2 yang menyaksikan pelari dari Amerika Syarikat (AS), Kasaun James terlebih dahulu menemui garisan penamat dengan 6.62s.

Pelumba berusia 20 tahun itu bagaimanapun terpaksa membuat keputusan untuk tidak memulakan perlumbaan (DNS) selepas jurulatihnya sebelum ini, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah mengesahkan dia mengalami kekejangan otot sebelum aksi final.

"Kejang otot (cramp), (tetapi) tidak serius," kata Amir ketika diminta mengulas mengenai keadaan anak didiknya yang sedang melanjutkan pelajaran dan mewakili Universiti Auburn, AS itu.



Perlumbaan akhir dimenangi Eric Harrison Jr dari Trinidad and Tobago dengan catatan 6.59s manakala James di tempat kedua, 6.61s.

Pelumba dari AS, Mccallum T'Mars melengkapkan pentas podium di tempat ketiga dengan catatan 6.63s.

Kejohanan dalam dewan ini adalah yang kedua buat Azeem bagi musim 2024, dengan sebelum ini menyertai Kejohanan Jemputan Razorback di Pusat Tertutup Randal Tyson di Fayetteville, AS, hujung bulan lalu.

Pada ketika itu, Azeem menamatkan aksi saringan di tempat kesembilan keseluruhan selepas melakukan catatan masa 6.70s, sekali gus meleburkan hasratnya melangkah ke final.
https://www.bharian.com.my/sukan ... rik-diri-aksi-final
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.141042 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list