CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7073|Reply: 0

MAS tak pernah paksa Dhabitah sertai 3 acara

[Copy link]
Post time 14-2-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode

DHABITAH gagal layak beraksi di Sukan Olimpik Paris. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Jurang besar antara penerjun senior dan pelapis menjadi penyebab mengapa skuad terjun negara terpaksa mengharapkan Nur Dhabitah Sabri mengambil bahagian dalam tiga acara Kejohanan Akuatik Dunia, Doha yang berlangsung minggu lalu.

Menurut Pengarah Teknikal Terjun, Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Bryan Nickson Lomas, beliau mengakui situasi itu dan menegaskan mereka tidak pernah memaksa Dhabitah beraksi dalam tiga acara sekiranya penerjun itu enggan.

"Awal-awal lagi kita sudah jelaskan, tidak memaksa dia. Kita tanya OK ke tak kalau ambil acara ini, dia jawab dia nak cuba dan perkara ini dibincangkan sebelum ke China (kem latihan pusat) lagi," kata bekas penerjun negara itu.

Ujar Bryan, beliau mengakui bahawa Dhabitah adalah penerjun versatil dan skuad terjun negara sekarang ini tidak mempunyai pelapis seperti itu.



"Kalau dia tak ambil bahagian, memang tak ada wakil. Dalam masa sama, kita menilai menerusi tiga acara itu ada peluang untuk layak (Paris 2024)," kata Bryan.

Ditanya mengenai keluhan Dhabitah kelmarin, beliau menganggap bahawa penerjun terbabit mungkin kepenatan mental serta fizikal selain tertekan gara-gara gagal ke Paris.

"Mereka atlet profesional malah sekarang sudah dibayar gaji dan ada caruman (KWSP), berbanding dulu hanya mendapat elaun.

"Tapi saya rasa apa yang diluahkan Dhabitah itu disebabkan dia kecewa kerana tak dapat masuk Olimpik, jadi dia luahkan apa yang ada dalam fikiran, secara tak langsung nk beritahu dia penat dari segi mental hingga berasa dirinya sudah tua," katanya.

Kelmarin, Dhabitah mengakui terbeban memikul tanggungjawab beraksi tiga acara sewaktu bersaing di Doha.

Menurutnya, skuad terjun negara tidak boleh mengharapkan kudratnya semata-mata selepas dan dia sangat tertekan kerana bersaing dalam tiga acara sehingga menyebabkan tumpuannya terganggu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... itah-sertai-3-acara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.056478 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list