CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6244|Reply: 0

Ziyad, Latif beri bayangan pingat emas

[Copy link]
Post time 15-2-2024 12:11 PM | Show all posts |Read mode

ZIYAD berjaya mengungguli acara lontar peluru F20 dengan jarak 16.62m. - MSN

DUA jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Datuk Abdul Latif Romly membuka kempen musim 2024 de­ngan cemerlang sebelum menuju ke Sukan Paralimpik Paris 2024 apabila berjaya menuai pingat emas di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu kelmarin.

Ziyad yang lebih awal mela­yakkan diri ke Paralimpik Paris 2024 secara merit, gembira de­ngan prestasinya selepas berjaya melakukan lontaran sejauh 16.62 meter (m) untuk mengungguli acara lontar peluru lelaki F20 Kejohanan Grand Prix Olahraga Para Dunia Dubai 2024.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik 2016 itu berharap kejayaan positif itu bakal menjadi batu loncatan kepadanya untuk terus melakukan yang terbaik sebelum terbang ke Paris nanti.

“Kejayaan semalam (kelmarin) adalah satu pencapaian permulaan terbaik untuk saya sebelum menuju ke Sukan Paralimpik Paris 2024 nanti.

“Bagi saya, tidak pernah lagi permulaan saya dapat catatan 16.62m ini dan ini adalah kali pertama. Kejohanan seterusnya saya akan buat yang lebih baik.

“Kejohanan seterusnya nanti adalah Terbuka Kuala Lumpur pada awal Mac ini.

“Jadi, misi saya adalah ingin melakukan lontaran sejauh 16.7m atau 16.8m. Saya mahu lakukan peringkat demi peringkat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


LATIF turut memenangi pingat emas bagi acara lompat jauh T20. – MSN

Sementara itu, Latif selaku pemenang dua pingat emas Sukan Paralimpik pada edisi Rio 2016 dan Tokyo 2020, turut cemerlang dalam acara lompat jauh lelaki T20 apabila melakukan lompatan sejauh 7.11m.

Ia memberi gambaran Latif berpotensi besar untuk merangkul pingat emas hatrik apabila turun ke Paralimpik Paris yang akan membuka tirainya dari 28 Ogos hingga 8 September depan.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... yangan-pingat-emas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.054566 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list