CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6692|Reply: 0

Faiz Haizat raih emas di Dubai

[Copy link]
Post time 15-2-2024 01:57 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Faiz Haizat (kanan) ketika meraih emas pada Kejohanan GP Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai. - Foto ihsan MSN

KUALA LUMPUR: Atlet olahraga para negara, Muhammad Faiz Haizat Rosdi meraih pingat emas di Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Pemenang pingat perak Sukan Para Asean 2022 itu muncul juara acara 400 meter (m) T38 (kecacatan intelektual) apabila mencatatkan 56.84 saat (s) meninggalkan pesaing lain pada kejohanan berkenaan.

Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Andreas Beros dari Cyprus (58.14s) dan Antonio Kosmat dari Croatia (59.46s).

Dalam pada itu, Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi turut menceriakan kem olahraga negara selepas meraih pingat perak bagi acara 400m T20 (kecacatan intelektual), dengan catatan masa 50.16s.



Emas acara itu dirangkul Yovanni Philippe dari Mauritius (49.84s) manakala gangsa diraih Columba Blango dari Britain (50.52s).

Sementara itu, atlet elit olahraga, Eddy Barnard turut meraih kedudukan podium di kejohanan itu dengan meraih gangsa acara lompat jauh (T42/T44/T61), mencatatkan lompatan sejauh 6.42m.

Wakil Sri Lanka Indika Gamage meraih emas (6.62m) manakala wakil Rusia Dzmitry Bartashevich merangkul perak (6.50m). – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... -raih-emas-di-dubai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.059873 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list