CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8676|Reply: 0

Azizulhasni kongsi rahsia kejayaan

[Copy link]
Post time 15-2-2024 02:37 PM | Show all posts |Read mode

AZIZULHASNI bersama barisan pelumba pelapis wanita kebangsaan. FOTO AZIZULHASNI AWANG

Kuala Lumpur: Menyedari sukan berbasikal ibarat darah dagingnya, Datuk Azizulhasni Awang tidak lokek untuk meluangkan masa selama lebih dua jam bersama barisan pelumba pelapis wanita kebangsaan untuk berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaannya.

Menurut Azizulhasni, pada sesi pertemuan yang diadakan pada hujung tahun lalu itu, dia berkongsi pengalaman tulen dilaluinya sepanjang bergelar pelumba negara serta rahsia untuk berjaya di dalam sukan lumba basikal.

"Saya berleter panjang, mungkin sesi itu berlangsung lebih dua jam, bersulamkan teh o halia panas dan beberapa suapan keropok lekor kurang sedap kerana bukan original dari Terengganu.

"Semua yang saya kongsikan kepada adik-adik ini adalah pengalaman tulen yang saya lalui serta rahsia untuk berjaya didalam sukan lumba basikal.

"Sekurang-kurangnya saya sudah melakukan sesuatu untuk mereka, untuk sukan berbasikal, untuk anak-anak bangsa serta untuk masyarakat," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, semalam.

Pada pertemuan itu juga, pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 turut mengingatkan kepada barisan pelumba muda negara yang sebenarnya mereka tidak mempunyai banyak masa biarpun masih muda.

"Lantaran itu mereka harus percaya kepada diri serta mereka harus sentiasa kekal konsisten bekerja keras untuk mencapai apa yang mereka percaya itu tanpa lupa berdoa dan tawakkal kepada Allah SWT," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gsi-rahsia-kejayaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.054924 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list