CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8951|Reply: 0

Azeem mahu catat 9.95 saat

[Copy link]
Post time 18-2-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode

Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi.

Kuala Lumpur: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi memberi bayangan dia sedang cuba untuk melakukan catatan 9.95 saat (s) untuk melaksanakan misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, pemegang rekod kebangsaan 100 meter (m) itu muat naik beberapa keping gambar dirinya serta keychain lego tertera angka 9.95s yang digunakan pada begnya.

Pada hantaran itu, Azeem yang kini melanjutkan pengajian dan program latihannya di Universiti Aurburn di Alabama, Amerika Syarikat menulis: "2024. #olympicyear (tahun Olimpik)."

Dia sekarang ini berlatih di bawah bimbingan bekas pemegang pingat gangsa 400m lari berhalangan Sukan Komanwel 1998, Ken Harnde.

Azeem memiliki catatan peribadi terbaik yang juga rekod kebangsaan 10.09s ketika melakukannya di Kejohanan Olahraga Bawah 20 Tahun Dunia di Colombia pada Ogos 2022.

Pelari kelahiran Perak itu mempunyai tempoh sehingga Jun depan bagi melayakkan diri secara merit ke Olimpik Paris dengan dia perlu mencatat masa di bawah 10s.

Setakat ini, Azeem sudah beraksi dalam dua kejohanan dalam dewan sebagai persiapannya memburu tiket ke Olimpik Paris.

Dia berjaya melangkah ke final acara 60m Kejohanan Jemputan Dalam Dewan Clemson Tiger Pow 2024 manakala terkandas di pusingan kelayakan di Kejohanan Jemputan Razorback di Amerika Syarikat.

Tahun lalu, Azeem mencipta sensasi apabila berjaya memenangi pingat gangsa 100m di Sukan Asia Hangzhou dengan catatan 10.11s, ketinggalan di belakang pelari China, Xie Zhenye yang meraih emas dengan catatan 9.97s manakala atlet Thailand, Boonson Puripol gangsa 10.02s.

Dia juga terlepas peluang mara ke separuh akhir 100m Kejohanan Olahraga Dunia tahun lalu di Budapest, Hungary apabila menamatkan saringan empat di kedudukan ketujuh.

Azeem menamatkan saringan 4 di kedudukan ketujuh daripada lapan peserta pada pusingan pertama di Stadium Olahraga Nasional.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mahu-catat-995-saat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.125248 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list