CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7055|Reply: 0

Femke Bol pecah rekod dunia miliknya

[Copy link]
Post time 20-2-2024 12:44 PM | Show all posts |Read mode

BOL memperbaharui rekod 400m dalam dewan dunia miliknya menerusi catatan 49.24s awal pagi semalam. – AFP

AMSTERDAM – Pemenang pi­ngat perak Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia acara 400 meter (m) berpagar, Femke Bol me­lakukan kejutan apabila berjaya memecah rekod dunia 400m dalam dewan miliknya sendiri.

Pada Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Belanda di Apeldoorn awal pagi semalam, pelari berusia 23 tahun itu mencatat masa terpantas dengan rekod 49.24 saat (s), sekali gus memperbaiki rekod dunia 49.26s yang diciptanya tahun lalu.

Pada tahun lalu, Bol meme­cahkan rekod berusia 40 tahun iaitu 49.59s yang dicipta oleh Jarmila Kratochvilova pada 7 Mac 1982.

Pada saingan tersebut, Lieke Klaver menamatkan larian di tempat kedua dengan catatan masa 50.10s dalam aksi yang berlangsung di Sta­dium Omnisport dengan tempat ketiga menjadi milik Cathe­lijn Peeters menerusi catatan 52.08s.

“Saya tidak pernah bosan melakukan perkara ini terutama dengan kehadiran semua orang yang memberi sorakan padu ­kepada saya.

“Impian saya untuk mencatat rekod dunia sekali lagi menjadi kenyataan dan sungguh gembira melihat peminat Belanda me­nyaksikan detik bersejarah ini,” katanya.

Rekod tersebut me­lonjakkan semangat Bol untuk mencari gelaran dunia terutama dalam acara 400m dalam dewan pertamanya yang berlangsung di Glasgow, Scotland bulan depan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... kod-dunia-miliknya/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.231441 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list