CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6738|Reply: 0

Heung Min, Kang In berdamai

[Copy link]
Post time 21-2-2024 03:58 PM | Show all posts |Read mode

Kapten Korea Selatan, Son Heung Min sugul selepas Jordan menjaringkan gol pada separuh akhir Piala Asia di Qatar awal bulan ini. – Foto REUTERS

SEOUL: Son Heung Min memohon maaf kerana pembabitannya dalam pertelagahan dengan rakan sepasukan Korea Selatan, Lee Kang In pada Piala Asia dan menggesa peminat supaya memaafkan pemain Paris Saint-Germain itu.

Korea Selatan tumpas 2-0 di tangan Jordan pada kejohanan itu awal bulan ini dan kemudian terdedah cerita kapten Heung Min terseliuh jari dalam pertengkaran dengan Kang In menjelang aksi separuh akhir.

Kedua-dua pemain mengeluarkan kenyataan di media sosial hari ini, dengan pemain Tottenham, Heung Min menghantar gambar kedua-duanya bersama, tersenyum dan memeluk bahu masing-masing.

Kang In, pemain tengah menyerang berusia 23 tahun, yang dipersalahkan peminat kerana pergaduhan itu dan diketepikan pengiklan, berkata dia berkunjung ke London untuk memohon maaf kepada Heung Min secara peribadi.



Mengulas mengenai kontroversi itu secara terbuka buat kali pertama, Heung Min menulis dalam satu kenyataan di Instagram: "Saya benar-benar minta maaf kerana menimbulkan masalah dan akan bekerja lebih keras untuk membantu pasukan kebangsaan."

Insiden pada Piala Asia itu dilaporkan berlaku selepas sesetengah pemain muda dalam skuad kebangsaan termasuk bintang sedang meningkat Kang In, tergesa-gesa menghabiskan makanan jadi mereka boleh bermain pingpong.


Lee Kang In (kanan) berkunjung ke London untuk memohon maaf kepada Son Heung Min secara peribadi. – Foto Instagram Son HeungMin

Ia menyebabkan Heung Min dan sesetengah pemain lebih berusia marah kerana sesi makan malam menjelang perlawanan besar secara tradisinya dilihat sebagai ruang untuk lebih rapat.

Ketika ketegangan semakin memuncak, Kang In cuba menumbuk Heung Min, lapor media tempatan. Wakil Kang In bagaimanapun menafikan ada kejadian menumbuk.

Pergaduhan itu dilihat antara faktor pemecatan jurulatih Jurgen Klinsmann minggu lalu selepas 12 bulan memegang jawatannya.

"Saya fikir tindakan saya patut dikecam," tulis Heung Min.

Namun dia menambah: "Saya akan melakukannya sekali lagi buat pasukan jika situasi sama berlaku kerana ia satu daripada tugas kapten."

Kang In menjadi musuh nombor satu peminat sejak butiran kejadian itu didedahkan namun Heung Min berkata ia masanya untuk meneruskan kehidupan dan bermaafan. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... g-min-kang-berdamai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.043541 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list