CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5214|Reply: 0

[Kedah] Lelaki maut ditetak dalam kedai kopi

[Copy link]
Post time 25-2-2024 11:50 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut ditetak dalam kedai kopi

25 Februari 2024 11:36pm



Seorang lelaki maut dipercayai akibat ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai dekat Kulim pada Ahad.




ALOR SETAR - Seorang lelaki maut dipercayai akibat ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai dekat Kulim pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Safuan Md Noor berkata, dalam insiden pada kira-kira 1.20 tengah hari itu, mangsa yang berusia 27 tahun telah diserang oleh dua lelaki bersenjatakan parang dan sabit.



"Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori telah dikejar oleh kedua-dua suspek dari luar kedai. Mangsa yang cuba menyelamatkan diri dengan memasuki sebuah kedai kopi bagaimanapun telah ditetak sehingga rebah sebelum meninggal dunia di dalam kedai kopi berkenaan.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tangan, dada, belakang badan dan muka akibat kesan serangan menggunakan senjata tajam itu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.



Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan kedua-dua suspek masih dijalankan.

"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk menghubungi ASP Azmirul Abd Aziz di talian 019-4446 521 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di talian 04-4906 222,” katanya sambil menambah siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.045534 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list