CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3890|Reply: 0

[Kedah] Kastam tumpaskan sindiket bawa 80,000 liter diesel ke negara jiran

[Copy link]
Post time 26-2-2024 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Kastam tumpaskan sindiket bawa 80,000 liter diesel ke negara jiran


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 26, 2024 @ 10:50am  bhnews@bh.com.my




Pegawai penguatkuasa JKDM Kedah melakukan pemeriksaan pada lori tangki yang membawa minyak diesel untuk dieksport ke Thailand menggunakan borang ikrar tidak betul. - Foto ihsan JKDM




ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan sindiket menyeludup 80,000 liter diesel ke Thailand dengan menggunakan dua lori tangki menerusi pintu sempadan Kota Putra dekat Durian Burung di negeri ini.

Cubaan itu dibuat dengan melakukan ikrar tidak betul dalam Borang Eksport (Kastam 2) kononnya muatan dibawa adalah 'blend stock fuel oil' (bahan api campuran)

Pengarah JKDM Kedah, Nor Izah Abdul Latif, berkata Cawangan Penguatkuasaan JKDM Durian Burung menahan dua lori tangki bernombor pendaftaran tempatan itu dalam Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra, Durian Burung, Padang Terap, pada jam 9.30 pagi pada 17 Februari lalu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati, pasukan penguat kuasa menemui muatan yang disyaki minyak diesel.

"Berikutan itu, kedua-dua lori terbabit disita untuk siasatan lanjut sebelum pemeriksaan terhadap lori pertama mendapati, ia membawa muatan diesel anggaran sebanyak 45,000 liter manakala lori kedua pula membawa muatan 35,000 liter dengan nilai diesel.

"Anggaran minyak diesel berkenaan sebanyak RM172,000 manakala nilai kenderaan kes kira-kira RM450,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Izah berkata, kedua-dua pemandu warga tempatan berusia dalam lingkungan 37 tahun dan 48 tahun itu ditahan untuk siasatan dan mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan Kastam.

Beliau berkata, 'blend stock fuel oil' tidak tertakluk kepada lesen eksport dan tiada duti / cukai.

"Selain itu, mereka cuba mengaburi Kastam dan bagi mendapatkan pelepasan terus dengan cara menambah pewarna hitam ke dalam minyak diesel supaya warnanya menjadi lebih gelap.

"Berikutan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barang tidak berkastam/ larangan," katanya.

Menurutnya, minyak diesel adalah barangan komoditi yang memerlukan suatu lesen eksport mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017 dalam Jadual 3, Bahagian 1, Item No 36.

"Jika sabit kesalahan, bagi kesalahan pertama denda tidak kurang dari 10 kali nilai barang atau RM50,000 mana yang lebih tinggi atau penjara tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi kesalahan kedua pula boleh didenda tidak lebih dari 20 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar atau penjara tidak lebih daripada tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

"Dimaklumkan minyak diesel adalah barang larangan dan pengeksportan tertakluk kepada lesen eksport yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN)," katanya.

Sehubungan itu katanya, JKDM Kedah amat mengalu-alukan kerjasama daripada orang awam bagi menyalurkan sebarang maklumat untuk membanteras aktiviti penyeludupan / penyelewengan ini.

Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline 1800-888-855 8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.056852 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list