CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2846|Reply: 0

[Kedah] Pemuda hilang kaki sedih tak dapat bantu keluarga

[Copy link]
Post time 26-2-2024 12:41 PM | Show all posts |Read mode

Rosmah menunjukkan kaki kiri anaknya, Muhammad Haikal yang masih berbalut ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Ulu Paip, Karangan, Kulim baru-baru ini.

KULIM – Sebuah keluarga di daerah ini ibarat ‘tempang’ apabila anak sulung yang menjadi harapan keluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga kaki kiri dipotong pada penghujung tahun lalu.

Sebelum terlibat nahas pada 26 November lalu, Muhammad Haikal Syed Abdul Kadir, 21, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit.

“Sebagai anak sulung, saya mengambil tanggungjawab membantu bapa (Syed Abdul Kadir Ayob) yang bekerja sebagai pekerja pembersihan.

“Nampaknya bakti saya tidak berpanjangan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di pekan Karangan di sini, setelah motosikal yang saya tunggang bertembung dengan kereta.

“Akibat kemalangan itu, saya mengalami kecederaan pada kaki kiri termasuk lutut dan me­nerima rawatan di Hospital Kulim selama 26 hari,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Paip, Karangan, di sini baru-baru ini.

Menurut Muhammad Haikal, kecederaan dialaminya menyebabkan bahagian saraf kaki terjejas teruk dan terpaksa menjalani tiga kali pembedahaan.

“Doktor bagaimanapun terpaksa mengambil keputusan memotong kaki kiri sehingga paras betis bagi mengelakkan kesan lebih buruk,” ujarnya.

Disebabkan itu, Muhammad Haikal perlu berulang-alik ke Klinik Kesihatan Kulim setiap dua atau tiga hari untuk mencuci luka. Pemuda itu kini bergerak menggunakan tongkat dan bercadang memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, ibunya, Rosmah Ahmad, 42, berkata, dia menganggap kejadian yang me­nimpa anak lelakinya sebagai ujian untuk mereka sekeluarga.

Selain Muhammad Haikal, empat lagi adik-beradiknya yang lain berusia empat hingga 18 tahun.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional Rosmah yang bernombor 0299541100324616.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... pat-bantu-keluarga/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.058249 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list