|
Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengeluarkan 20 kompaun terhadap pemilik premis kerana menggajikan warga asing ketika operasi penguatkuasaan di sekitar Bukit Mertajam, semalam.
MBSP dalam kenyataan berkata, tindakan tegas itu diambil selepas mereka gagal mematuhi peraturan dan syarat pelesenan ditetapkan pihaknya yang tidak membenarkan warga asing mengendalikan premis.
"Dalam operasi sama, 10 premis turut dikompaun kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen, enam kompaun kerana mempamerkan papan iklan tanpa lesen, manakala sebuah premis dikompaun atas kesalahan perangkap minyak tidak diselenggara dengan baik," katanya.
MBSP turut mengingatkan peniaga di seluruh Seberang Perai supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa.
"Tindakan penguatkuasaan secara berkala akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi melindungi pengguna," katanya. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... ing-tanpa-kebenaran |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|