CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2241|Reply: 0

[Kedah] Projek telaga tiub siap, masalah bekalan air SMK Mahsuri selesai

[Copy link]
Post time 26-2-2024 05:09 PM | Show all posts |Read mode

Abdul Razak (empat dari kanan) diiringi Arif Fadzilah (enam dari kiri) merasmikan telaga tiub yang siap digali di pekarangan SMK Mahsuri. - NSTP/HAMZAH OSMAN

LANGKAWI: Kesulitan dihadapi 1,750 pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahsuri, di sini, akibat masalah air akhirnya selesai apabila projek telaga tiub bernilai RM20,000 siap dibina, hari ini.

Kejayaan projek itu menjadikan SMK Mahsuri muncul sekolah pertama daripada 29 sekolah di daerah ini menggunakan telaga tiub bagi menangani krisis bekalan air bersih yang semakin kritikal di pulau ini sejak bulan lalu.

Majlis perasmian projek itu disempurnakan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Abdul Razak Jusoh di tapak projek yang letaknya dalam pekarangan sekolah berkenaan.

Ketika ditemui, Abdul Razak berkata, secara keseluruhan projek telaga tiub yang siap dibina dalam tempoh dua hari itu bernilai RM20,000 hasil sumbangan wakaf orang ramai, khususnya waris pelajar dan guru.


"Krisis air di sekolah ini semakin serius sejak awal bulan ini susulan musim kemarau dan fenomena El Nino dengan sekolah semakin kerap tidak menerima bekalan air, menjadikan banyak aktiviti pelajar dan guru terjejas.

"Jadi, PIBG lihat membina telaga tiub adalah penyelesaian segera bagi sekolah mendapat sumber air alternatif, selain mengharapkan Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) menyediakan pelan sokongan," katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Mahsuri, Arif Fadzilah Ali, berkata krisis bekalan air yang kerap melanda sekolah itu menyebabkan jumlah pelajar yang tinggal di asrama semakin berkurangan hari demi hari.

"Rekod terakhir menunjukkan hanya 60 pelajar tinggal di asrama, berbanding kapasiti optimum 170 orang. Kita ada asrama, tapi pelajar tidak mahu tinggal di asrama menjadi satu kerugian.

"Kerja menggali telaga tiub sudah selesai dan berjaya, seterusnya fokus ditumpukan kepada kerja pemasangan tangki dan sistem penapisan air serta kerja perpaipan bagi menyalurkan air ke asrama pelajar," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... smk-mahsuri-selesai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.057939 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list