CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2279|Reply: 0

[Kedah] Kawasan tadahan menyusut

[Copy link]
Post time 27-2-2024 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Kawasan tadahan menyusut


Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my



KAWASAN tadahan Gunung Jerai yang membekalkan sumber air mentah kepada tiga buah loji rawatan air (LRA) di daerah Kuala Muda mengalami penyusutan air tadahan kesan daripada cuaca panas berpanjangan.




Alor Setar: Kawasan tadahan air menyusut, antaranya disebabkan kesan fenomena El Nino menjadi punca kapasiti pengeluaran air bersih di beberapa loji rawatan air (LRA) jenis headworks terjejas.

Situasi itu yang mendorong berlakunya gangguan bekalan air bersih di Taman Gurun Jaya, Gurun dan beberapa lokasi lain yang bergantung kepada LRA berkaitan.

LRA headworks beroperasi secara separa rawatan dan bergantung kepada kualiti sumber air mentah yang diperoleh dari gunung atau bukit, berbanding LRA konvensional dari sungai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar negeri, Mohamad Yusoff Zakaria mengakui kawasan yang mengalami gangguan mendapat bekalan air terawat daripada LRA Tupah, LRA Gurun dan LRA Merbok.

"Kita sedia maklum, sekarang musim kemarau. Sumber air mentah berkurangan. Bagi kawasan yang kritikal (tiada langsung bekalan air dalam paip), Syarikat Air Darul Aman (Sada) akan hantar air dengan lori.

"Kita ada 91 lori di seluruh Kedah sentiasa siap sedia untuk berkhidmat. Insya-Allah, masalah akan dapat dikurangkan apabila berakhir musim kemarau," katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas laporan Harian Metro, semalam mengenai keluhan penduduk Taman Gurun Jaya yang terpaksa menadah air pada awal pagi dan urusan harian yang terganggu disebabkan masalah air.

Mohamad Yusoff berkata, projek menaik taraf LRA Bukit Selambau dan empat LRA di Kedah dijangka dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk, secara jangka panjang.



Disiarkan pada: Februari 27, 2024 @ 7:10am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.047719 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list