CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2071|Reply: 0

[Perlis] Menantu lelaki Raja Perlis meninggal dunia

[Copy link]
Post time 27-2-2024 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Menantu lelaki Raja Perlis meninggal dunia

27 Februari 2024 09:56am










KANGAR - Anakanda menantu lelaki Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis, Datuk Paduka Haji Mohammad Yaacob Datuk Seri Azizul Hassan, 58, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pagi semalam.

Istana Arau dalam kenyataan hari ini memaklumkan Allahyarham yang merupakan suami kepada anakanda baginda berdua, Tengku Puteri Mahkota Perlis Datuk Seri Hajah Sharifah Fazira Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, meninggal dunia pada 7.26 pagi akibat komplikasi buah pinggang.



"Pengurusan mandi jenazah telah berjalan dengan lancar dan diuruskan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.

"Para kerabat diraja serta tetamu memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di bilik perpustakaan masjid tersebut dan disusuli dengan solat jenazah sejurus selepas solat zohor yang diimamkan oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin,” menurut kenyataan itu.



Turut berangkat Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid selain Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda-anakanda baginda berdua Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Upacara pengebumian jenazah Allahyarham di Makam DiRaja Arau selesai kira-kira 4.15 petang semalam. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.240233 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list