CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1968|Reply: 0

[Kedah] Pembesaran LTAPP diluluskan, kos lebih RM1 bilion

[Copy link]
Post time 27-2-2024 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Pembesaran LTAPP diluluskan, kos lebih RM1 bilion


BERNAMA



LAPANGAN Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.



Langkawi: Usaha pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang menelan kos melebihi RM1 bilion, sudah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada minggu lepas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan bertanggungjawab bagi proses tender dan pembiayaan projek berkenaan.

"Angka (kos) sebenar akan hanya dapat ditentukan selepas proses tender," katanya kepada media selepas merasmikan acara Routes Asia 2024 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, beliau berkata kerajaan berharap keseluruhan projek pembesaran LTAPP itu dapat dimulakan pada tahun ini dan siap dalam tempoh kira-kira empat tahun.

Selain itu, katanya, syarikat penerbangan AirAsia ada mengemukakan permohonan kepada kementerian dan mendapat kelulusan awal untuk mengenakan caj tambahan bagi pelepasan karbon.

Loke bagaimanapun menegaskan bahawa bayaran itu adalah minimum dan ditentukan oleh kuasa pasaran memandangkan sebarang cukai karbon yang tinggi boleh menjejaskan minat orang ramai.

"Ini bukan mandatori dan sesuatu yang perlu diputuskan sendiri oleh syarikat penerbangan, bergantung kepada strategi serta mekanisme harga masing-masing," katanya.

Beliau berkata berbeza dengan Singapura, Malaysia sebaliknya mengambil pendekatan lain berkaitan komitmen berkenaan.

"Namun, bahan api penerbangan mampan (SAF) adalah mahal. Bagi membolehkan syarikat penerbangan melaksanakan penggunaan SAF, mereka perlu menaikkan harga (tambang) atau mengenakan caj tertentu ke atas penumpang," katanya.

Loke berkata walaupun syarikat penerbangan tertentu berhasrat mengenakan caj karbon itu, kementerian melihatnya sebagai satu pilihan.

"Ada cara lain untuk melakukannya dari segi mengurangkan pelepasan karbon seperti kecekapan operasi. Sebagai contoh, bagaimana kita dapat memastikan pelepasan dan pendaratan pesawat secara lebih cekap dan teratur tanpa memakan tempoh lebih lama atau mengurangkan masa terbabit," katanya.

Usaha itu, katanya, memerlukan kerjasama pengurusan trafik udara yang tertakluk di bawah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.



Disiarkan pada: Februari 27, 2024 @ 2:43pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.051353 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list