CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1823|Reply: 0

[Kedah] SPRM tahan bapa, anak, disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak

[Copy link]
Post time 27-2-2024 03:35 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Alor Setar: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua lelaki selepas disyaki menggunakan dokumen palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak, empat tahun lalu.

Sumber SPRM memberitahu suspek adalah bapa dan anak berusia 50-an dan 20-an dan mereka ditahan 7.30 malam semalam dan 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah di sini.

Menurut sumber, suspek disyaki menggunakan dokumen tuntutan bayaran yang mengandungi butir matan palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, sedangkan bekalan tersebut tidak dilaksanakan.

"Kedua beranak ini disyaki menggunakan lesen syarikat tempat mereka bekerja untuk membuat tuntutan palsu subsidi minyak masak peket satu kilogram dari sebuah kementerian di antara Jun dan Julai 2020.



"Tuntutan tersebut mengandungi butir matan palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak kepada premis peruncit dan pemborong di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Ahmad Nizam Ismail mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata bagaimanapun kedua-dua suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan direkodkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bekal-minyak-masak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.519135 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list