CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4112|Reply: 0

[Kedah] Aidilfitri: Subsidi tiket penerbangan selama 2 minggu babit kos besar - Loke

[Copy link]
Post time 27-2-2024 05:19 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Langkawi: Permintaan untuk penetapan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri dipanjangkan dari tiga hari kepada dua minggu akan membabitkan kos yang besar, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Loke mengulangi bahawa inisiatif itu, yang juga dilaksanakan untuk beberapa musim perayaan lain, dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan tanpa pembiayaan khusus daripada Perbendaharaan.

"… sudah tentu. Ini yang saya mahu laksanakan sepanjang tahun (pemberian tambang subsidi).

"Namun, ia adalah kos yang perlu ditanggung oleh kementerian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara Routes Asia 2024 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini hari ini.



Menurut Loke walaupun hanya tiga hari, ia mencecah kos jutaan ringgit, justeru dari segi sumber kewangan ia tidak mencukupi untuk menampung kos sekiranya tempoh terbabit dipanjangkan kepada dua minggu.

Sabtu lalu, Loke memaklumkan kerajaan menetapkan RM599 harga maksimum tiket penerangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk perjalanan tiga hari, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menurut Loke ia antara lain bagi membantu melancarkan percutian orang ramai balik beraya ke kampung halaman masing-masing pada April nanti.

Semalam, Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS) meminta tempoh penetapan RM599 harga maksimum terbabit dipanjang dari tiga hari kepada dua minggu supaya lebih ramai penduduk dari ketiga-tiga wilayah mendapat harga tiket berpatutan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri.

Persatuan itu menyifatkan tempoh tiga hari itu tidak mencukupi kerana tidak semua boleh bercuti awal dan ada yang terpaksa bekerja semasa perayaan berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... abit-kos-besar-loke

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.053645 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list